Sunday, November 14, 2010

Aidid Mu'addib

To those who wanna know more about this fella, kindly visit his blog:
http://aididmuaddib.blogspot.com/

All shitty things about MLM are revealed there.

Tuesday, November 9, 2010

Hurmmm

Next week akan start my new job @ new company. semua dah packing, semua dah siap sedia. Tapi dalam last week, tetiba aku rasa sangat sedih, sehingga hari ni aku rasa emosi aku dicalar-calar, dan aku mula terfikir, kenapa aku resign awal sangat. Kenapa jadi macam ni?
Semua orang akan resign lepas dia pertimbangkan beberapa perkara. Aku resign pon kerana beberapa sebab, salah satu nya selepas aku cuba memohon nak buat exam A, tapi tak dapat, rasa sangat give up, aku terus decide join compay baru.. Tapi, Tuhan nak duga iman aku, tup tup, just only a week before aku resign, tetiba company A offer aku buat exam A. WTH kan? Pastu lak, kawan2 aku yg aku masukkan sekali nama, tetiba dapat lak buat exam tu, sama-sama ngan aku..dan mereka bergembira dengan perkara itu skrg.. and leave me in sorrow and pain (che wah ayat macam putus cinta)
Haih, if only my company offer aku awal-awal, tak la aku resign skrg.

Humm.. fikir-fikir balik, ni namanya rezeki masing-masing. Yup, mereka semua dapat sebab menda ni aku usahakan, tp rezeki tu daripada Allah. Aku cumalah alat ataupun jalan untuk mereka dapatkannya. Sekiranya aku tak mintak sekalipun, pasti Allah akan berikan rezeki itu kepada mereka dengan cara yang berlainan.
Juga sudah takdir bahawa aku akan mendapat rezeki di company akan datang.Of course dalam bidang yang berlainan.. Rezeki semua nya di tangan Allah. Apa yang aku boleh buat, berusaha, berdoa dan bertawakkal.
Sebab tu, orang-orang tua marah, kalo kita sebut, kalau la.... jika laaa.. if only...
tak baik menyesal.

Aku memohon ampun atas segala dosa dan prasangka buruk kepadaMu Ya Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang tersirat.

Monday, October 25, 2010

Membeli rumah

Hujung minggu dihabiskan dengan membaca begitu banyak material dan buku berkenaan dengan pembelian rumah. Antara blog yang menjadi rujukan ada lah blog abangensem, blog salmiah loyer, forum carigold dan macam2 lagi. Aku juga sempat abiskan baca buku Azizi Ali dan sebuah lagi buku pasal lowyer kerumahan.
Nak membeli rumah ni kena ada ilmu, kalo tak duit dihabiskan dengan sia-sia dalam banyak perkara. Antara menda yang aku dapat simpulkan, untuk membeli rumah terpakai atau subsale ni kena consider perkara-perkara berikut:
1) Matlamat pembelian rumah - investment atau nak duduk
2) Loan yang nak diambil - jika rumah nak sewa, elok amik loan dlm jangka masa panjang dan jika rumah nak duduk, elok amik loan jangka masa pendek. Disajeskan untuk apply banyak2 bank dan compare-compare lepas tu mana yang bg best pakej nya.
3) Loyer - banyak yang suggest pakai satu loyer sahaja untuk both loan bank ngan SNP. Menjimatkan masa dan bole mintak diskaun ngan loyer tersebut. Suggest mintak quotation ngan beberapa loyer dan amik yang mana bg fees yang lebih munasabah.
4) Kena jugak consider untuk keluar duit bayar valuer.

Ramai antara mereka memiliki rumah yang banyak, mcm abangensem, dia beli rumah medium n low cost yang jumlah kesemua rumahnya melebihi RM1juta.
Bisnes rumah ni benar-benar menjamin pasif income bagi sesiapa yang berminat untuk membuat duit.

Wednesday, October 13, 2010

Tanda-tanda kematian

Sesungguhnya mati itu pasti. Ya Allah matikan la aku dalam keadaan beriman dan penuh ketakwaan.

Aku petik ini dari facebook. Sesungguhnya mati itu datang tanpa di duga....

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.



40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.



7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sunday, October 10, 2010

Adakah tak patut?

Update:
J berkata bole dulu kan duit yang aku ada dalam acc aku.
Hrm... hutang aku mmg banyak tp aku dah malas, hati aku da malas nak berinteraksi dengan mereka. Biarler, aku ingat nak amik sedikit ganti duit Vxxxx tu, dan lepas ni malas lagi nak bercakap dengan mereka.

Biarlah mereka kaya raya dengan duit itu.

Buang masa aje bercakap dengan mereka.

>>>>>>

Apekah tak patut aku minta apa yg sepatutnya menjadi hak aku? Apekah dikira selfish apa bila aku meminta kembali duit yang memang hak aku, dan aku nak gunakan wang itu? Apekah aku yang selfish?

Aku sungguh terkesan, sedih, terasa hati dengan kata-kata orang itu. Salahkah aku mintak kembali duit aku? Dia yang meminjamkan wang aku itu, ketika wang aku ditangannya kepada orang lain,lebih-lebih lagi tanpa kebenaran aku. Aku tak rela pun bagi dia pakai duit aku. Sungguh tak amanah! Tetapi bila aku minta dia gunakan wang dia untuk mengganti duit aku, dia mula menimbulkan pelbagai isu, menuduh aku yang tamak, pentingkan diri sendiri, selfish dan tidak memikirkan tentang diri dia.

Atau cara aku minta itu yang salah?

Paling menyedihkan betapa ayat nya sebegini:

really dont want to be fighting with u like this, we have had a good relationship, wish to maintain that....but what i cant stand is if someone is being selfish...right now u are, as u want me to pay u and dont care abt me, as long as u get ur money.

Tahukah kamu aku sangat memerlukan wang sekarang! Aku berhutang dengan organisasi T, organisasi Y, dan aku perlukan wang untuk membayar rumah! Jika aku tak perlukan wang, kamu ingat aku suka-suka ke mintak duit ngan korang!


Sebelum itu aku hanya bertanyakan:

Hi J,
Hope u doing well.
May I know what is the status of my USD300? its been many months now. Perhaps u can use you or your team money to pay me, and you get yyyy to pay you then. I believe your business growing now and u have more than that amount.

Thank you



Allah menjadikan masalah dan menjadikan kita melalui masalah tersebut supaya kita berfikir dan mengambil pengajaran darinya. Apa yang aku pelajari:

1) Berhati-hati apabila memberi pinjam wang kepada sesiapa pun, lebih-lebih lagi org itu ada sejarah dengan kita suatu masa dahulu.
2) Jangan bertanggguh untuk mengambil hutang yang dipinjam, kelak akibatnya macam ni lah.
3) Pokoknya nasihatilah anak-anak, cucu cicit supaya jangan terlibat dalam MLM. Kelak business ni akan memakan diri, you have no way out. Sampai sekarang masih ada yang cursing aku lagi, I believe. MLM adalah business yang patut diharamkan di Malaysia dari awal lagi.
4) Sebaik mana seseorang itu kepada kita, hendaklah ada sedikit keraguan padanya. Kena berhati-hati.
5) Mungkin cara aku meminta kembali wang itu tak kena pada caranya.. mungkin ada cara yang lain.


Maaf bebanyak la kalo Miss J, Miss C, atau Miss M baca blog aku ni. Aku tak suruh pon korang baca, lagipun ni blog aku kan, suka ati lah apa aku nak tulis kan..

Aku tak paham, kenapa korang marah2 bila aku mintak balik duit aku.. kenapa aku di kira selfish? DUit aku, bukan suka ati aku ke nak pakai buat apa? MMg aku nak guna duit tu, desperate sangat ni nak pakai, aku mintak la ngan korang.
Miss M, aku tak tau apa jadi kat ko skrg, banyak-banyak la bertaubat, menda yang ko buat sekarang lagi banyak dosa dari pahala.. Cuba ko fikir balik, aktiviti korang, interaction korang, gaya korang.. Duit tak menjamin kebahagiaan ko.. menda ni semua adalah ilusi syaitan aje.. percayalah. Tambah2 pulak banyak keraguan dari manfaat.
Aku tak la kata aku baik sangat, tp itu yang aku nampak.

Menyertai MLM memang menyebabkan korang akan dihantui oleh kisah kisah silam, terutamanya kalo korang earn, dan dah join seberapa lama, mcm aku.

AKu memohon keampunan Allah atas segala salah dan silap ku..

Saturday, October 9, 2010

Another call from HW company

HW calling me for an interview. The position seems very technical position. I am afraid my level of knowledge doesnt meet the requirement. Good thing about this post is, I will travel around the globe and spend less time in Malaysia. Sound interesting huh? But what I dislike is the office will be in KL.. damn far away. I hate being stuck in traffic jam, struggle to get space in LRT, stress when going back home.. etc etc

I will try my best for this Wed's interview.

Ya Allah, Please help me!

Sunday, October 3, 2010

Tawaran yang sukar ditolak.

Apartment, rental lebe kurang rm550 - 650, busuk2 rm500. da ada penyewa yang menyewa rm500. jual rm15k below market price.. sebab jual, owner nak beli rumah baru..
10min dr cyber, berada dalam putrajaya. sangat dekat ngan current office dan future opis.
dalam keadaan tengah mangatur hidup baru, tetiba offer ni datang.. camana ni yek..
Ya Allah.. bantu la saya!

Saturday, October 2, 2010

The biggest turning point in my life

OK,

At one side, I have accepted the offer,and at the other side, I already tender my resign letter and I have one and a half month to enjoy great moment here. So there is no such thing to re-think my decision now.
I am nervous!
I am happpy!
I am worried!

I pray to God, hoping everything is gonna be alright.

Please God!

Tuesday, September 28, 2010

It is complete 100% now

Well, that's true, the news is already confirm, I understand most of it. But still not sure whether it is such a real good news or not.
If I agreed, I need to do the next step by tomorrow. So tomorrow is the final...

I am nervous!

Monday, September 27, 2010

Another 4%

Monday passed.. well today I got extra 1%. Oh God, please.. I cant wait for another 4%. Please help me ya Allah!

Saturday, September 25, 2010

Alhamdulillah

The news that I am waiting for.. now 95% confirm. Will need to wait on Monday for another 5%. Ah.. feel that time passing too slow!

Thank God for everything. Without His bless and help, this good news not going to be a good news now.

Thanks to my parent for supporting, and without their pray and bless, this good news not going to be a good news now..

Ohh.. I am nervous waiting for monday.

p/s: 1st time in my life I cant wait for Monday .. :D

Thursday, August 26, 2010

Disaster Recovery career

I recently had a call for an interview in Disaster Recovery field, as Infrastructure Analyst - Disaster Recovery. This is sound quite new to me, which I found it is quite interesting field to gain experience in it. To understand this role, I need to understand what is Disaster Recovery is. According to Wikipedia, Disaster Recovery (DR) is a process, policies, or procedures related to preparing the recovery or continuation of critical technology infrastructure or network after the disaster happen.


Basically Disaster Recovery Analyst works in the discipline of Disaster Recovery Planning and Business Continuity Management. The role is to plan to mitigate / lessen the risk of business process, in the event where the disaster happen. Disaster here means either human made disaster, such as terrorist attack, power interruption, human fault, hackers, building on fire or natural disaster such as flood, hurricane, typhoon or earthquake. As a Disaster Recovery Analyst (DRA), my role is to work closely with technical team, identify the risk and the network elements, what to recover, plan for recovery, and ensure the support is meet the requirement. Things to look at when planning for recvery is:

1) Identify the scope and limitation of BCP.

2) the study of business impact, so called as BIA (Business Impact Analysis)

3) sell the BIA to upper management, to get organization and financial commitment.

4) Each department will need to understand the role and support the plan to maintain it.

5) National Instititue of standard has providing tools to help in doing BCP.


This field is very wide, and the career path is there to explore. It has an international body (kind of same like CISCO Engineer who has Cisco academy) which providing a certifications to the people who wants to become disaster recovery expert. The certifications are awarded by BCM Institute. The career path started with BCCP (Business continuity certified planner) , follow by BCCS (Business Continuity Certified Specialist), followed by BCCE (Business Continuity Certified Expert) and the DRCS (Disaster Recovery Certified Specialist) and the final is DRCE (Disaster Recovery Certified Expert).


Nowadays many companies are into this field, as per research, HP and IBM is one of the major player in DRP industry. Many of the companies now running business online, their business and system are very dependent on the internet and network. Every system in the world now rely on data center, where store all information / data related to a company growth and business. One hour of network interruption will cause the lose behind. That is why DRP/BCP is very important nowadays. Majority companies putting 2% - 4% of their budget in disaster recovery planning, to avoid bigger losses in future.


Moving forward, I am planning to pursue my career in this field, I will be start of my career in this company, then will pursue some certifications in this interesting field.


Please wish me luck!

Wednesday, July 21, 2010

Bobo -- you gonna be missed

This is the story of a lovely cat named Bobo. Not sure when he was born. It was believed he was born somewhere around Puchong. He was rescued by a lovely lady name Bina.
The story of his early life can be read here: http://sillylupie.blogspot.com/2009/06/earth-adopted.html
(credit to Bina)

Then, on June 2009, through Petfinder.my, I found Bobo (that time his name was Earth) and then I brought him home. Below picture was him after a day I brought home. Estimated that time he was around 2 months old.


He was a charming young mancat. Always act so cute that I cant resist myself to hug and snuggle him. Every morning by 6am, he will meowing so loud asking for food.
This is him at age of 8-9 months. Grew as a very handsome young man cat. At my apartment, he always played around with my neighbour's kitten, which about the same age as him, named Put.


Later, early 2010, I was assigned with new post which means new responsibility and demanding lots of time. I had decided to send Bobo to stay with my family.
Bobo had alot of friends there - Cici, Sulaiman, and also senior cat Yuke. All of them are my family's furry family members.  He looked very happy and put alot of weight. Everyday he went out exercising his muscles by catching bird, butterflies, running around the houseyard, and play around with his mates.
On May 2010, when I was in my hometown, I found a small wound at his leg. That wound was about 10cent coin's size. I brought him to the vet. The vet mentioned the wound is just an injuries due to fight.
On June 2010, I had been informed by my family members that Bobo's wound is not cure at all. Felt not good, I decided to bring him to see another vet. This Vet called dr.L, did confirmed Bobo's wound was because of sporotrichosis, but she said this will be healed after take medicine. She provided us with some sort of medicine and ointment that cause me to pay hundreds RM. I felt good after heard that Bobo will be ok after 10 days under this medications.
Later, after some reading through the net, I figured out Sporo is a disease that cannot be cured. Cat or animal who had this desease will slowly died once the fungus get into his lymphatic system. This killing fungus will slowly destroy cat's organ and body and slowly the cat will die in pain. Sporo also can easily spread to another cat or human, especially when she/he/it has open wound so that the fungus can get into your blood system easily. I felt nervous, shock, and shivering.. did not want to accept the fact that I must put Bobo to sleep, then I called dr L back to confirm. She said the very opposite thing, sporo can heal after taking some medications. Moreover, she said the recent studies by UPM had found the solutions to cure Sporo.
10 days after 1st meet with dr L, we brought Bobo to see her again. Contradict to what she said before, this time she said the wound was not improved at all. She asked us to take another kind of medicine which cost us a lot of ringgits. I started to feel dr L only gave me hope in the same time she knew chances was not there anymore.
Felt cheated by this Vet, I went out looking another opinion. I felt dr L just try and error, giving many kind of medicine but not sure which is the best one for Bobo. I talked to forumers who had same experience with sporo. Surprisingly, all of them said, their cats finally had to put to sleep. I started to believe putting Bobo to sleep is the only best way I had to take. This is for the sake of to avoid Bobo suffer in pain and died slowly, and also for other kitties health. I made some sort of consultations, and read alot of articles about sporo. Finally I made very painful decision... Bobo had to send to rainbow bridge.
On 19th July 2010, Bobo left us. Thanks to my father helping all this done smoothly. He was the one who brought Bobo to the Vet and then brought Bobo back to bury. I didnt have enough strength to do all those thing alone.
Till now I am terribly miss him. The whole family is missing him.  It doesn't matter how many cats I have after this, none will be the same as my dear Bobo.

Picture above was taken 3 weeks before he went to Rainbow Bridge.

Bobo see you again in heaven.

Saturday, July 3, 2010

Kerupuk Mie Mentah

Ibu anak didik aku memberi aku beberapa bungkus makanan dari Indonesia. Salah satu nya ini:


Nampak macam sedap, tetapi tak tau nak masak macamana, lantas bertanyakan pada Puan T, katanya hanya perlu goreng sahaja seperti menggoreng keropok.
Ini rupanya sebelum goreng:


Sungguh tak stabil bentuknye.
Setelah di goreng:


Rasanya rangup dan sedikit enak. Aku rasa lagi enak jika dicicah dengan kicap cili (kicap kebanggaan orang johor itu). Kerana malas, aku makan o aje.

Terima kasih Puan T! Lain kali sedekah lagi yea!

Friday, July 2, 2010

Anak kucing

Anak kucing terbiar, dijumpai dalam keadaan basah kuyup, pecut buncit akibat kembung angin (atau air?),lapar, penat, busuk dan hampir mati.
Dalam proses pengeringan.

Setelah diselamatkan, rupanye menjadi sangat comel tetapi aku malas tiada masa hendak membela.


Esok pagi nya, aku mencari ibu anak kucing comel ni. Dipendekkan cerita akhirnya ketemu jugak.

Happy ending.

Alhamdulilah

Wednesday, June 23, 2010

Royal Guest House Kota Bharu

I got to know Royal Guest House from the review I got over the Internet, my colleague strongly (even push me) to sign up in this hotel. According to him, this hotel have all I need - cheap, value for money, breakfast ready, comfortable and the location is great.
I landed at Kota Bharu Airport after 55min journey by MAS. Cab service from the airport is expensive - they charged me RM27 just only to go to the hotel so I decided to walk outside of the airport which only took 5-10 mins walking. There I managed to get another cab with RM15 straight to the hotel.
It took 20mins to reach Royal Guest House.
As per said by my colleague, the location was fantastic. It is exactly in the middle of the Kota Bharu and very close to almost all place of interest here. It is beside Kota Batu Museum, and in front of Gelanggang Seni Kota Bharu (Kota Bharu Culture and Art Center). 2 mins walking you will see Cikgu Nasi Ulam Restaurant, a very famous and cheap rice serve with a lot of traditional malay healthy leaves and vegetables. Not to forget steam and grilled fish eating with budu (anchovies paste).
5 mins walking to the left of the hotel, you will see Pasar Buah (fruit market). The price definitely cheap and this is the correct place to find local fruit. 7-8mins walking you will reach Pasar Besar Siti Khadijah. This is the heaven of local dishes and clothes in Kota Bharu.

What about the hotel price? Well my colleague is definitely right. I got single bed room with RM89/night with breakfast ready. Here is how the room look like:
 The room has window :D
 The bathroom. Quite small but it is just fine for one person.

View from my bed.

 No wardrobe ready which I wasnt need it at all.
My room is on the 2nd floor. WiFi signal is poor. My friend stayed on the 1st floor got excellent WiFi.

Breakfast prepared is nice and has quite number of choice.

Overall, A- for this hotel.

Sunday, June 20, 2010

Online checked-in MAS

First time  aku checked in MAS secara online.

Cara-caranya, klik masuk website dia, isi tempat kosong, pilih tab checkin kat atas sekali, pilih checkin now.
Fill in details, pilih seat, click OK,  pastu print boarding pass.

Faedahnya: kata lah departure time jam 10pagi, aku sampai jam 9.40am pon masih sempat lagi. Kena tiba selewat-lewatnya 10minit sebelum departure time.

Maka aku tidak perlu bangun awal untuk ke airport di awal pagi.Yang paling azab ialah masa queue nak check in. Menunggu gate bukak satu hal. boring.kalo WiFi baguih tak pe la jugak.

Tapi sekiranya kalian membawa luggage yang berat, kena dtg 60 menet awal jugak .

Monday, June 7, 2010

Travel .. travel .. travel ..

Mulai bulan 6 hingga bulan 7 ni aku akan naik turun kapal terbang dan akan melalui beberapa ribu km perjalanan merentasi gunung dan lautan -- beberapa kali. Bulan 6 naik kapal terbang ke KB sebab kerja then bulan 7 ni lak naik kapal terbang ke KK untuk bercuti ngan famili.

Dari KB aku akan turun ke KT, dr KT akan ke KUA.Dan dari KUA aku amik flight balik ke KL.

Minggu depannya pulak aku naik bukit Genting untuk bermini gath ngan kengkawan masa Uni dulu.

2 minggu selepasnya aku ke KK lak.
Di KK aku akan spend lebih kurang 6 hari 5 malam, dan memerlukan kereta.Sesiapa yang ada buat perkhidmatan kereta sewa di KK harap dapat lah menghubungi aku. Di KK aku merancang untuk stay di KK, kemudian di Kudat,kemudian di Kundasang, kemudian kembali ke KK.

Nak travel ni bukannya mudah, lebih2 lagi bila bawak mak abah yang sudah tentunya angin nya lain dengan orang muda. Jadi aku kena plan betol-betol supaya tak ler extreme sangat dan syok sendiri, tetapi pada masa yang sama memuaskan hati mak abah aku ngan adik aku.

Bilangan peserta tak kompem lagi...  haih ni satu hal, macam2 lah cerita derang. Aku tak kesah la tiket semua dah ada.. Kalo nak pi mai kalo tak mau x pe..tp bajet harap la sediakan sendiri krana peruntukkan hanyalah untuk aku ngan mak abah aje.

Me and MLM - Chapter 3

Da lama betul aku x sambung kisah MLM ni. Tak de mood nak menulis, pastu pulak banyak pulak aktiviti dan masalah-masalah negara yang aku hadapi sekarang. Hidup sungguh mencabar. Ye lah kalo xde cabaran takkan ler nak hidup makan tido makan tido aje kan.


Pada hari tersebut, aku dan L menaiki bus ke KL sentral (kerana kawan sanggup kitorg naik bus ke sana) untuk bertemu M. Perhatikan MLM people akan pergunakan keakraban mereka dengan rakan2 mereka untuk mendapatkan wang. Disana, kami bertemu di Starbucks KL Sentral, M dan upline nya ada menanti. 2 orang siap upline dia bawak. A pon ada di sana. Aku terkejut betol apa bila mendapat tahu A nak sign up pada hri tu jugak. Setelah kami dilecturkan selama 2 jam, betapa mentahnye kami ketika itu, kami merasa berminat dan aku rs ingin sign up pada masa itu jugak. Namun aku hold dulu untuk memikirkan baik buruk business ini.

2 minggu kemudian, aku memutuskan untuk sign up ngan M ini. Aku org kedua sign up ngan dia lepas A. Masa ni aku berkenalan ngna so called as leader - J and C. Pelik jugak time tu, derang cakap buisness riban riban tp kat meeting point tu hanya ada beberapa kerat aje. Mereka pon explain yang business derang worldwide, banyak partner kat over the sea dan sebagainnya.Aku budak mentah time tuh, so percaya lah sangat.

Company yang aku join ni ada system yang sangat teratur. Meskipun teratur, aku percaya perlu banyak ruang untuk pembaikian. Nantilah aku bercerita apa yang tak kena ngan kampeni ni. Pada permulaan aku join kampeni ni, kami di syaratkan untuk menghadiri trainig setiap selasa bermula jam 7.30pm - 9pm dan kemudian ada so called as BOC pada setiap hari Khamis.Semua nya di buat di Petaling Jaya. Bayangkan, masa tu kami xde kereta lagi, naik bus turun bus kami ke KL.Tak campor wang ringgit lagi. Aku telahpon melabur untuk membeli produk hampeh nye yg bernilai almost RM3K rasanye.. err tak ingat ler, pastu takkan nak sia-siakan duit aku. Aku pon menjadi org yang taat, menuruti aturan grup kami dengan patuh.

Setelah beberapa bulan join, xde sapa pon join aku. Dah beberapa kali aku kena lecture, marah, sindir dan sebagainya. M yang sponsor aku lak salahkan aku sebab nye tak kerja sungguh-sungguh. Aku masa tu pon cepat rasa rendah diri, menyalahkan diri sendiri. Jutawan dalam grup kami iaitu J and C lak mana peduli kat aku, ye lah tak earn apa-apa. Sorang pon x sign up kan. Dalam keadaan sorang pon x sign up, aku masih follow sisytem dia, derang lak asyik cakap jangan give up, keep on talking to the people n nnt akan dapat org yng nak sign up nye.Aku pon follow aje ler. Pada bulan May 2007, konon-kononnye nak buat perubahan besar dalam hidup, aku bersama-sama M, A and L ke Jakarta, mnghadiri so called as Konvensyen kampeni ni. Haih riban-riban jugak abih.

Nak dijadikan cerita, aku lepas pada tu ubah strategi, buat prospecting online, tp more to Africans.Then "dup!" aku dapat my very first sign up pada 29 July 2007.  Dan selepas pada itu, aku mula dapat sign up lain.. tp only my left leg aje yg berkembang.. ye lah kan kena balance 2 belah, upline2 aku mana ada nak tolong kedua-dua belah leg aku... semua dierang suruh carik sendiri..  Dan beberapa bulan kemudian, business aku grow di Uganda dan Botswana..tp hanya one leg, aku masih x earn apa-apa.

Kalo nak tau betapa bersabarnye aku, aku akhirnya dapat my first sign on my right side pada bulan Dec 2007. Bersabarkan? Only after more than a year baru ler aku earn USD250. Huhuhu.. Then my first checque, after balance 3-3 is on April 2008 if not mistaken. Then myself menjadi so mativated and keep on showing plans and plans and plans.. and later I earn some cheques till end of the year.  Sound good, but not to consider of how much I spent for events and all which is afetr involve all darabs, bahagis and tolak, (no plus of course), end up with getting nothing. After I started earning, I started getting attention from C and J. J lak so sudden told me to work with her. Aku time tuh just follow ajek.. ok no problem.. kata aku lagi.  Kakak M, yang mana dulu nya aku working with her dah mula slow down.. Tensen kot. Ntah ler aku pon sampai sekarang x tahu lagi apesal akak tu jadik macam tu.

Things happened so good, myself also feels good that time.. Ada earning, pengaruh pon ada, business grow, aku da start bg presentasi kat kumpulan2 kecil. Downline ramai aku rasa mcm aku ni sangat bagus (teruk kan?).Kengkadang aku rasa tinggi diri jugak. Pastu my business grow to Libya and Philipines.. partners aku kat Africa bertambah bukan sahaja di Botswana malahan di Nigeria, Ghana dan jugak Uganda. Riak jugak lah sikit2 time nih. Cuma aku tak sempat nak gi Phil aku da quit (keh keh keh). Seperti biasa dalam networking ni, akan ada org baru join dan akan ada orang yang akan quit. That is normal in network marketing.

Until one point,  pada satu hari yang aku tak ingat bila, tp masa tu selepas Konvensyen 2009, aku realized aku sangat kurang ibadah, dan aku rasa sangat banyak dosa yang aku buat sepanjang aku berbisnes ni.. kesedaran ni timbul macam tup tup..

.. bersambung ...

Sunday, April 25, 2010

BN menang, teruskan perjuangan di Sibu pula

Aku bersyukur, walaupun aku bukan ahli UMNO, mahupun mana-mana anggota komponen BN, hati aku tetap memilih BN. Aku xde kepentingan apa-apa pon dengan BN ni. BN tak bayar aku sesen pon nak suruh aku sokong derang. Hati aku sendiri nak sokong BN.
Aku bangga BN dah menang. Alhamdulillah, BN dah menang. Zaid Ibrahim yang profilnya sangat diragukan akhirnya ditolak dengan majoriti 1700 lebih. Namun begitu, majoriti ini jauh lebih kecil dari yang Palanivel pernah cipta, 14000 lebih.. sokongan belum pulih-sepulih-pulihnya lagi.
BN, sila kerja kuat... selagi korang masih belum menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, tidak mengharamkan azan, agama Islam masih boleh disebarkan seluas-luasnya, Islam dijaga, bangsa Melayu terbela, dan pembangunan diteruskan disamping penerokaan hutan masih terkawal, aku tetap menyokong BN. Jika Kak Rosmah bertudung, aku jamin, sokongan Melayu Islam akan meningkat 10%. Pak Najib sila lah ambil perhatian.
PAS, sokongan aku akan kembali pada korang sekiranya:
1) Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dibatalkan
2) Penubuhan negara Islam di perjuangkan kembali
3) Perlaksanaan hukum hudud kembali diperjuangkan.
4) Mulut blogger dan penceramah PAS dikawal supaya tidak lagi mencarut apabila berkata-kata.
5) Fatwa Nik Aziz tidak merapu lagi.

Itu sahaja,aku rasa beribu-ribu Melayu Islam mempunyai pendapat yang serupa dengan aku..

Insya Allah....

Monday, February 22, 2010

Me and MLM - Chapter 2

Seterusnya, setelah peristiwa akak tersebut dan beberapa ketika selepas itu, sahabat baik saya, M dan juga beberapa orang di sekeliling saya terjebak dengan satu kampeni, saya dah lupa apa namanya, tetapi produk yang dijual adalah produk semburan bawah lidah.. rasanya sejenis enzim yang mampu generate good metabolism dan apa ntah lagi. ramai jugak la yang join, dan kawan saya bernama M tu pun siap cerita dengan penuh bersemangat ada abang yang kaya raya mampu earn sekian sekian amaun dr kampeni semburan ni. Starting dia RM200. Taklah mahal sangat tp memandangkan saya ni student masa tu, kiranya rasa mahal lah jugak. Saya hampir terjerumus dalam business ni, tp alhamdulillah,Tuhan tidak mengizinkan.

Tahun terakhir saya di universiti berkenaan, abang saya menyertai sebuah kampeni bernama L.. masa ni kampeni L sungguh naik.. mencanak-canak naik, kat hostel pun ada sorang mamat tu siap upah orang lain tolong buat assignment dia sebab dia sibuk sangat business MLM ni... siap mampu pakai WAJA lagi.. abang saya ni lak, hari-hari sms saya suruh saya join kampeni L ni.. dah la final year kan, sibuk buat tesis lagi. Memang xde hati langsung nak buat MLM ni. Pastu saya pun merijek abang saya nye business proposal.. sian dia, tp apa nak buat, saya bukannya ada duit. Kemudian saya dapat tau xde orang sign up pon bawah dia, siannye.. ye lah upline dia x nak tolong..  berapa lama pastu dia mak saya cakap dah berhenti buat kampeni MLM tersebut. Bayangkan kerugian yang di alami, semata-mata kerana terpengaruh ngan upline L, dia beli ubat / suplement berharga RM2K.. pastu dia pun bagi kat mak ayah.. hahaha..apo boleh buat.. biasalah org MLM pandai memujuk.. support tak mau... biasa la tuh.

Bila dah tahun akhir di universiti, saya mula memikirkan cara-cara untuk membina kekayaan selepas tamat belajar, dan saya mula membaca buku berunsurkan kewangan. Buku yang mempengaruhi saya ialah buku Azizi Ali, dan buku bertajuk Kebebasan Kewangan. Saya mula memikirkan untuk melaburkan duit yang saya ada dalam amanah saham yang terplih. Saya juga ada menghubungi en M,seorang perunding saham amanah yang sangat berjaya, yang mana ketika beliau datang ke uni saya, beliau memandu mercedes benz.. kagum jugak la.. nyaris saya melaburkan wang disitu, dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk melaburkan wang di ASB sahaja... tetapi sekali sekala saya masih menghubungi en M, untuk mendapatkan nasihat kewangan dr beliau.

Setelah beberapa bulan berlalu, saya beberapa kali melompat kerja, dan saya end up di sebuah kampeni GLC, saya ditempatkan di Putrajaya. Sebelum mendapat rumah, saya menumpang di rumah seorang sahabat baik saya bernama H, kami sangat rapat di Uni. Saya tinggal di rumah H selama 2 minggu. Dan saya mendapati pergerakan beliau kadang-kadang mencurigakan. H kadang-kadang berbuka puasa dengan seorang Punjabi bernama D dan mereka kelihatan sangat rapat. Suatu masa H memberitahu dia ingin ke menyertai Camp bersama-sama kakaknya dan D. Saya seorang yang gemarkan aktiviti lasak, dan bertanyakan apekah Camp tersebut, dia cakap harga nya RM400 kalo saya berminat boleh la bayar dan menyertai dia.. saya end up tak join dia pastu.

Episod saya dan MLM bermuala tidak berapa lama kemudian.. Beberapa minggu selepas itu, tetiba saya dan seorang lagi kawan rapat saya bernama A (kami rapat berempat - A, saya, H dan M),menerima email dr M. Saya tinggal di Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 40 km dr KL. H ingin jumpa saya kerana katanya ada sesuatu yang penting dia nak bitau. Saya masih simpan email tersebut dan mungkin saya akan paste email tu disini bila ada kelapangan. Sungguh curious ingin mengetahui apekah yang kawan saya ingin beritahu. Dan saya menyuruh A jumpa M dahulu nnt saya bersama-sama L (colleague saya , merangkap kawan saya masa uni tp tak lah rapat sangat, sekarang sangat rapat lah jugak). Saya email dia balik dan berjanji akan jumpa dia di lain hari di KL Sentral bersama L.

bersambung....

Sunday, February 21, 2010

Me and MLM - Chapter 1

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni saya rasa nak menulis, menulis pasal apa? Pasal satu business yang begitu lama membelenggu masyarakat Malaysia, dan bangsa saya terutamanya, bangsa Melayu. Kerana ingin nak hidup senang, duit banyak dengan cara yang mudah, maka ramai di kalangan rakan-rakan saya yang tumpas di tangan MLMer, atau di syarikat MLM, termasuklah saya salah seorangnya. Ada antara mereka yang membuat banyakk wang.. ada yang buat sedikit wang (macam saya), dan banyak yang tidak buat duit langsung.

Kenapa tiba-tiba saya bukak topik MLM. Niat saya bukan lah untuk menjatuhkan mana2 pihak, juga bukan untuk mengutuk sesiapa, tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.Saya berkecimpung dalam MLM ni tidak lama, sekadar 3 tahun bersama dengan sebuah syarikat (setia sungguh :)), dan saya memahami selok belok, bagaimana syarikat MLM dan orang-orang nya beroperasi, mendapatkan sumber kewangan dan menjalankan aktiviti mereka. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dari downlines meraka (absolute faith???) dan bagaimana mereka membina kekayaan dengan menggerakkan orang bawahan mereka bekerja untuk mereka. Downlines tersebut bekerja bukannya dipaksa, malahan sukarela, dan tidak jemu-jemu membantu membina empayar untuk upline mereka (saya juga pernah menjadi salah seorang dari golongan ini).

Saya akan mulakan dengan bagaimana saya terlibat dengan dunia MLM ini. MLM, direct selling , network marketing, skim piramid dan sebagainya adalah sesusatu yang tidak asing kepada saya.  Keluarga saya datang dari golongan yang sangat sederhana, bapa saya merupakan kakitangan kerajaan berkelulusan SPM, manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Adik beradik saya juga ramai bilangannya. Jesteru kehidupan kami tidak lah mewah, dan tidak lah sangat susah, sekadar boleh lah. Semasa saya masih di sekolah rendah, ramai saudara mara saya datang dan approach ibu bapa saya untuk menyertai mereka membuat duit, saya masih ingat arwah Pakcik saya datang ke rumah dan memujuk ibu saya membeli sebotol ubat untuk menjadi ahli kepada organisasi bernama FLP. Ibu saya menyuruh bapa saya membeli dan bapa saya sungguh bengang sekali kerana terpaksa membeli ubat tersebut demi menjaga hubungan dengan pakcik tersebut. Setelah beberapa minggu mengambil supplement tersebut, bapa saya memulangkan kembali kerana tidak ada kesan ke atas penyakit yang di hadapinya (pakcik saya menjanjikan pulangan wang sekiranya tidak berpuas hati) dan upline kepada pakcik saya , yang juga merupakan jiran saya marahkan ayah saya kerana perkara tersebut.

Untuk menambahkan pendapatan, ibu saya juga pernah menjadi ejen kepada sebuah syarikat A, syarikat yang membekalkan alat solek, penjagaan wanita dan macam2 lagi. Ibu saya sungguh gigih, ke rumah2 jiran, ke rumah saudara mara berkempen, pendek kata,mana-mana ibu saya pergim di usungnya katalog A tersebut. Namun sungguh menyedihkan apabila upah yang diterima hanyalah 80 sen sahaja! Sungguh kasihan, upah yang diterima begitu kecil kerana ibu saya sebenarnya ditipu, beliau langsung tidak didaftarkan oleh upline nya, dan upline nya mengambil semua keuntungan dari ibu saya. Ibu saya terus berhenti dr menjadi ejen upline tersebut.Perkara ini saya tidak salahkan syarikat A,tetapi saya salahkan upline ibu saya yang sanggup menipu untuk mendapatkan wang. A merupakan syarikat yang baik, mempunyai produk yang baik, saya masih menggunakan sesetengah produk A sehingga sekarang. Ibu saya sekarang merupakan ahli berdaftar dengan A dan kami hanya menggunakan barangan A untuk keperluan peribadi, bukannya untuk mendapatkan keahlian.

Kerana result UPSR yang baik, saya masuk ke sekolah berasrama penuh dan meninggalkan alam MLM buat sementara waktu. Sesudahnya, saya masuk ke sebuah universiti tempatan, di sini saya kembali berkenal mesra dengan MLM dan seangkatan dengannya. Pertemuan pertama adalah dengan sebuah syarikat bernama OT, yang mana menurut ejen mereka merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia. Orang yang approach saya merupakan akak Akedemi Pengajian Islam,saya namakannya akak API, yang memakai jubah sepanjang masa dan menutup separuh muka nya. Saya sukakan akak tersebut kerana karakter nya yang sangat baik dan mesra. Suatu hari, beliau mengajak saya ke surau untuk mendengar sesuatu, dan saya pun teruja untuk join sekali. Di sana, saya di perkenalkan dengan seorang akak dan ada 2-3 orang di sekeliling akak tersebut. Akak API ini turut serta perjumpaan kami. Akak yang diperkenalkan kepada saya itu merupakan upline kepada akak API ini. Di perjumpaan ini, kami diterangkan berkenaan sistem syarikat ini, dan bagaimana kami beroleh pendapatan, yang mana kami dikehendaki menjual keahlian kepada kawan-kawan atau sahabat handai, dan pada masa yang sama kena maintain pembelian sebanyak berapa point ntah sebulan. Memikirkan saya masih student dan tiada masa untuk berkecimpung dalam hal-hal business ni, saya memohon maaf kepada akak API ini dan tidak menyertai business beliau. Akak ini namun begitu masih menjaga hubungan nya dengan saya dan kami masih berkawan baik selepas peristiwa tersebut. Beliau ada approach saya, namun tidak la agresif mana, dan saya sekadar menolaknya dengan cara yang baik. Saya tidak pasti beliau masih aktif dengan OT atau tidak. Dengar ceritanya OT mcam dah tutup aje, tak pun rebranding menjadi syarikat lain.

Bersambung ....

Sunday, January 24, 2010

Dream list

Menda ni aku penah buat dulu, zaman aku aktif MLM.. tak lah hebat sangat aku buat MLM tu, dlm 3 tahun aku aktif, dapat la USD4k lebih.. boleh la nak cover minyak, aktiviti dan sebagainye.
MLM ni xde la buruk sangat, banyak jugak baiknya.. cuba ada sesetengah yang aku tak suka, maka aku rasa baik la aku berhenti, dari tanggung dosa membebel, marah-marah, tipu orang, mengumpat, bergossip dan syuhbat dalam sesetengah perkara.
Dream list aku untuk tahun 2010:
1) Digicam - Finepix atau Sony, pixel tak kesah ngat, yang penting 5x zoom. SLR macam gabak sangat aje,budget RM800 - RM1000.
2) Umrah n ziarah ke Egypt - Insya allah April 2010. Budget RM8K - 9K. Tak sabar menziarah rumahNya.
3) Family vacation - Sabah, insya Allah bulan July nnt. Tiket semua da ada. Tinggal nak book resort/hotel/chalet dan arrange transport aje. Budget RM2K - 3K.
4) Tukar bumper depan kereta, budget RM2K, end of year.
5) Dapat kerja best, atau kampeni bagi increment baik punya. Ini lebih pada doa dan tawakkal pada Allah.  Insya Allah. Aku mengimpikan kerja di Kota Kinabalu. Best place for the best environment, nature and good people.