Monday, October 25, 2010

Membeli rumah

Hujung minggu dihabiskan dengan membaca begitu banyak material dan buku berkenaan dengan pembelian rumah. Antara blog yang menjadi rujukan ada lah blog abangensem, blog salmiah loyer, forum carigold dan macam2 lagi. Aku juga sempat abiskan baca buku Azizi Ali dan sebuah lagi buku pasal lowyer kerumahan.
Nak membeli rumah ni kena ada ilmu, kalo tak duit dihabiskan dengan sia-sia dalam banyak perkara. Antara menda yang aku dapat simpulkan, untuk membeli rumah terpakai atau subsale ni kena consider perkara-perkara berikut:
1) Matlamat pembelian rumah - investment atau nak duduk
2) Loan yang nak diambil - jika rumah nak sewa, elok amik loan dlm jangka masa panjang dan jika rumah nak duduk, elok amik loan jangka masa pendek. Disajeskan untuk apply banyak2 bank dan compare-compare lepas tu mana yang bg best pakej nya.
3) Loyer - banyak yang suggest pakai satu loyer sahaja untuk both loan bank ngan SNP. Menjimatkan masa dan bole mintak diskaun ngan loyer tersebut. Suggest mintak quotation ngan beberapa loyer dan amik yang mana bg fees yang lebih munasabah.
4) Kena jugak consider untuk keluar duit bayar valuer.

Ramai antara mereka memiliki rumah yang banyak, mcm abangensem, dia beli rumah medium n low cost yang jumlah kesemua rumahnya melebihi RM1juta.
Bisnes rumah ni benar-benar menjamin pasif income bagi sesiapa yang berminat untuk membuat duit.

No comments: