Monday, June 7, 2010

Me and MLM - Chapter 3

Da lama betul aku x sambung kisah MLM ni. Tak de mood nak menulis, pastu pulak banyak pulak aktiviti dan masalah-masalah negara yang aku hadapi sekarang. Hidup sungguh mencabar. Ye lah kalo xde cabaran takkan ler nak hidup makan tido makan tido aje kan.


Pada hari tersebut, aku dan L menaiki bus ke KL sentral (kerana kawan sanggup kitorg naik bus ke sana) untuk bertemu M. Perhatikan MLM people akan pergunakan keakraban mereka dengan rakan2 mereka untuk mendapatkan wang. Disana, kami bertemu di Starbucks KL Sentral, M dan upline nya ada menanti. 2 orang siap upline dia bawak. A pon ada di sana. Aku terkejut betol apa bila mendapat tahu A nak sign up pada hri tu jugak. Setelah kami dilecturkan selama 2 jam, betapa mentahnye kami ketika itu, kami merasa berminat dan aku rs ingin sign up pada masa itu jugak. Namun aku hold dulu untuk memikirkan baik buruk business ini.

2 minggu kemudian, aku memutuskan untuk sign up ngan M ini. Aku org kedua sign up ngan dia lepas A. Masa ni aku berkenalan ngna so called as leader - J and C. Pelik jugak time tu, derang cakap buisness riban riban tp kat meeting point tu hanya ada beberapa kerat aje. Mereka pon explain yang business derang worldwide, banyak partner kat over the sea dan sebagainnya.Aku budak mentah time tuh, so percaya lah sangat.

Company yang aku join ni ada system yang sangat teratur. Meskipun teratur, aku percaya perlu banyak ruang untuk pembaikian. Nantilah aku bercerita apa yang tak kena ngan kampeni ni. Pada permulaan aku join kampeni ni, kami di syaratkan untuk menghadiri trainig setiap selasa bermula jam 7.30pm - 9pm dan kemudian ada so called as BOC pada setiap hari Khamis.Semua nya di buat di Petaling Jaya. Bayangkan, masa tu kami xde kereta lagi, naik bus turun bus kami ke KL.Tak campor wang ringgit lagi. Aku telahpon melabur untuk membeli produk hampeh nye yg bernilai almost RM3K rasanye.. err tak ingat ler, pastu takkan nak sia-siakan duit aku. Aku pon menjadi org yang taat, menuruti aturan grup kami dengan patuh.

Setelah beberapa bulan join, xde sapa pon join aku. Dah beberapa kali aku kena lecture, marah, sindir dan sebagainya. M yang sponsor aku lak salahkan aku sebab nye tak kerja sungguh-sungguh. Aku masa tu pon cepat rasa rendah diri, menyalahkan diri sendiri. Jutawan dalam grup kami iaitu J and C lak mana peduli kat aku, ye lah tak earn apa-apa. Sorang pon x sign up kan. Dalam keadaan sorang pon x sign up, aku masih follow sisytem dia, derang lak asyik cakap jangan give up, keep on talking to the people n nnt akan dapat org yng nak sign up nye.Aku pon follow aje ler. Pada bulan May 2007, konon-kononnye nak buat perubahan besar dalam hidup, aku bersama-sama M, A and L ke Jakarta, mnghadiri so called as Konvensyen kampeni ni. Haih riban-riban jugak abih.

Nak dijadikan cerita, aku lepas pada tu ubah strategi, buat prospecting online, tp more to Africans.Then "dup!" aku dapat my very first sign up pada 29 July 2007.  Dan selepas pada itu, aku mula dapat sign up lain.. tp only my left leg aje yg berkembang.. ye lah kan kena balance 2 belah, upline2 aku mana ada nak tolong kedua-dua belah leg aku... semua dierang suruh carik sendiri..  Dan beberapa bulan kemudian, business aku grow di Uganda dan Botswana..tp hanya one leg, aku masih x earn apa-apa.

Kalo nak tau betapa bersabarnye aku, aku akhirnya dapat my first sign on my right side pada bulan Dec 2007. Bersabarkan? Only after more than a year baru ler aku earn USD250. Huhuhu.. Then my first checque, after balance 3-3 is on April 2008 if not mistaken. Then myself menjadi so mativated and keep on showing plans and plans and plans.. and later I earn some cheques till end of the year.  Sound good, but not to consider of how much I spent for events and all which is afetr involve all darabs, bahagis and tolak, (no plus of course), end up with getting nothing. After I started earning, I started getting attention from C and J. J lak so sudden told me to work with her. Aku time tuh just follow ajek.. ok no problem.. kata aku lagi.  Kakak M, yang mana dulu nya aku working with her dah mula slow down.. Tensen kot. Ntah ler aku pon sampai sekarang x tahu lagi apesal akak tu jadik macam tu.

Things happened so good, myself also feels good that time.. Ada earning, pengaruh pon ada, business grow, aku da start bg presentasi kat kumpulan2 kecil. Downline ramai aku rasa mcm aku ni sangat bagus (teruk kan?).Kengkadang aku rasa tinggi diri jugak. Pastu my business grow to Libya and Philipines.. partners aku kat Africa bertambah bukan sahaja di Botswana malahan di Nigeria, Ghana dan jugak Uganda. Riak jugak lah sikit2 time nih. Cuma aku tak sempat nak gi Phil aku da quit (keh keh keh). Seperti biasa dalam networking ni, akan ada org baru join dan akan ada orang yang akan quit. That is normal in network marketing.

Until one point,  pada satu hari yang aku tak ingat bila, tp masa tu selepas Konvensyen 2009, aku realized aku sangat kurang ibadah, dan aku rasa sangat banyak dosa yang aku buat sepanjang aku berbisnes ni.. kesedaran ni timbul macam tup tup..

.. bersambung ...

No comments: