Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni saya rasa nak menulis, menulis pasal apa? Pasal satu business yang begitu lama membelenggu masyarakat Malaysia, dan bangsa saya terutamanya, bangsa Melayu. Kerana ingin nak hidup senang, duit banyak dengan cara yang mudah, maka ramai di kalangan rakan-rakan saya yang tumpas di tangan MLMer, atau di syarikat MLM, termasuklah saya salah seorangnya. Ada antara mereka yang membuat banyakk wang.. ada yang buat sedikit wang (macam saya), dan banyak yang tidak buat duit langsung.
Kenapa tiba-tiba saya bukak topik MLM. Niat saya bukan lah untuk menjatuhkan mana2 pihak, juga bukan untuk mengutuk sesiapa, tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.Saya berkecimpung dalam MLM ni tidak lama, sekadar 3 tahun bersama dengan sebuah syarikat (setia sungguh :)), dan saya memahami selok belok, bagaimana syarikat MLM dan orang-orang nya beroperasi, mendapatkan sumber kewangan dan menjalankan aktiviti mereka. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dari downlines meraka (absolute faith???) dan bagaimana mereka membina kekayaan dengan menggerakkan orang bawahan mereka bekerja untuk mereka. Downlines tersebut bekerja bukannya dipaksa, malahan sukarela, dan tidak jemu-jemu membantu membina empayar untuk upline mereka (saya juga pernah menjadi salah seorang dari golongan ini).
Saya akan mulakan dengan bagaimana saya terlibat dengan dunia MLM ini. MLM, direct selling , network marketing, skim piramid dan sebagainya adalah sesusatu yang tidak asing kepada saya. Keluarga saya datang dari golongan yang sangat sederhana, bapa saya merupakan kakitangan kerajaan berkelulusan SPM, manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Adik beradik saya juga ramai bilangannya. Jesteru kehidupan kami tidak lah mewah, dan tidak lah sangat susah, sekadar boleh lah. Semasa saya masih di sekolah rendah, ramai saudara mara saya datang dan approach ibu bapa saya untuk menyertai mereka membuat duit, saya masih ingat arwah Pakcik saya datang ke rumah dan memujuk ibu saya membeli sebotol ubat untuk menjadi ahli kepada organisasi bernama FLP. Ibu saya menyuruh bapa saya membeli dan bapa saya sungguh bengang sekali kerana terpaksa membeli ubat tersebut demi menjaga hubungan dengan pakcik tersebut. Setelah beberapa minggu mengambil supplement tersebut, bapa saya memulangkan kembali kerana tidak ada kesan ke atas penyakit yang di hadapinya (pakcik saya menjanjikan pulangan wang sekiranya tidak berpuas hati) dan upline kepada pakcik saya , yang juga merupakan jiran saya marahkan ayah saya kerana perkara tersebut.
Untuk menambahkan pendapatan, ibu saya juga pernah menjadi ejen kepada sebuah syarikat A, syarikat yang membekalkan alat solek, penjagaan wanita dan macam2 lagi. Ibu saya sungguh gigih, ke rumah2 jiran, ke rumah saudara mara berkempen, pendek kata,mana-mana ibu saya pergim di usungnya katalog A tersebut. Namun sungguh menyedihkan apabila upah yang diterima hanyalah 80 sen sahaja! Sungguh kasihan, upah yang diterima begitu kecil kerana ibu saya sebenarnya ditipu, beliau langsung tidak didaftarkan oleh upline nya, dan upline nya mengambil semua keuntungan dari ibu saya. Ibu saya terus berhenti dr menjadi ejen upline tersebut.Perkara ini saya tidak salahkan syarikat A,tetapi saya salahkan upline ibu saya yang sanggup menipu untuk mendapatkan wang. A merupakan syarikat yang baik, mempunyai produk yang baik, saya masih menggunakan sesetengah produk A sehingga sekarang. Ibu saya sekarang merupakan ahli berdaftar dengan A dan kami hanya menggunakan barangan A untuk keperluan peribadi, bukannya untuk mendapatkan keahlian.
Kerana result UPSR yang baik, saya masuk ke sekolah berasrama penuh dan meninggalkan alam MLM buat sementara waktu. Sesudahnya, saya masuk ke sebuah universiti tempatan, di sini saya kembali berkenal mesra dengan MLM dan seangkatan dengannya. Pertemuan pertama adalah dengan sebuah syarikat bernama OT, yang mana menurut ejen mereka merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia. Orang yang approach saya merupakan akak Akedemi Pengajian Islam,saya namakannya akak API, yang memakai jubah sepanjang masa dan menutup separuh muka nya. Saya sukakan akak tersebut kerana karakter nya yang sangat baik dan mesra. Suatu hari, beliau mengajak saya ke surau untuk mendengar sesuatu, dan saya pun teruja untuk join sekali. Di sana, saya di perkenalkan dengan seorang akak dan ada 2-3 orang di sekeliling akak tersebut. Akak API ini turut serta perjumpaan kami. Akak yang diperkenalkan kepada saya itu merupakan upline kepada akak API ini. Di perjumpaan ini, kami diterangkan berkenaan sistem syarikat ini, dan bagaimana kami beroleh pendapatan, yang mana kami dikehendaki menjual keahlian kepada kawan-kawan atau sahabat handai, dan pada masa yang sama kena maintain pembelian sebanyak berapa point ntah sebulan. Memikirkan saya masih student dan tiada masa untuk berkecimpung dalam hal-hal business ni, saya memohon maaf kepada akak API ini dan tidak menyertai business beliau. Akak ini namun begitu masih menjaga hubungan nya dengan saya dan kami masih berkawan baik selepas peristiwa tersebut. Beliau ada approach saya, namun tidak la agresif mana, dan saya sekadar menolaknya dengan cara yang baik. Saya tidak pasti beliau masih aktif dengan OT atau tidak. Dengar ceritanya OT mcam dah tutup aje, tak pun rebranding menjadi syarikat lain.
Bersambung ....
No comments:
Post a Comment