Sunday, June 12, 2011

PAS PIS PUS

Hari ni citer pasal politik sikit. Sejak PAS isytihar dia memperjuangkan negara kebajikan dan bukan lagi negara Islam, aku rasa menyampah lak kat ustaz-ustaz PAS. Aku rasa PAS PIS PUS ni bermuka-muka sungguh. Bosan pon ada. Baru aje nak vote depa bila next PRU. Nampak gaya aku vote BN la gitu, seburuk-buruk BN, rasuah la, apa la, tak la mereka semua menjilat ludah sendiri macam PAS PIS PUS ni.
Tambah boring, Mat Sabu boleh menang jawatan Timbalan Presiden. Diberitakan mamat ni bekelulusan SPM aje, pasal masuk UITM (baca institut kelolaan kerajaan rasis yang dikutuk2 saban hari dan hanya bumiputra bole masuk) pon fail, tak sempat habis. Dah la tu pulak, ada rekod buruk sebab berkhalwat dengan bini orang. Cuba bayangkan kalo PAS ni menang PRU, dapat majoriti kerusi dalam parlimen, korang nak orang macam gini jadi Timbalan Perdana Menteri? Pandai cakap pasal ekonomi ke? Pandai cakap Omputih ke? Aku bukan nak underestimate mangkuk ni tapi aku rasa ini lah Timbalah Presiden PAS PIS PUS yang paling kurang berkelayakan yang pernah perwakilan PAS pilih.
Bayangkan pulak, Mahfuz Omar, diberitakan dulu hanyalah penjaga stor kat airport, sebab bintang dia cerah, masuk pilihanraya menang pastu jadi Naib Presiden. Kelulusan tertinggi adalah PMR atau SRP. Adeh, takkan nak hantar dia gi nego ngan kampeni amerika nak mintak buat pelaburan kat Malaysia. Takkan nak pakai penterjemah kot. Tengok gaya dia mengulas isu-isu ekonomi pon macam orang tak lulus SPM. Dangkal sungguh. Takkan orang gini nak jadi menteri aku nanti. Giler ke apa perwakilan PAS ni.
Sekarang, dari Kerajaan Isle, tukar pulak, jadi kerajaan kebajike, abih yang sampai tuduh UMNO kafir tu macamana? Sekarang UMNO dah Islam la ye, sebab korang pon macam sama aje ngan perangai UMNO, geng-geng dengan kafirun DAP dan PKR. Amanat Haji Hadi macamana? Berdegar-degar dulu cakap UMNO kafir. Skrg ni UMNO kafir tang mana lak? Sama aje nampak nye dengan kamu semua? Takkan setelah 50 tahun baru khatam quran dan paham bahawa Negara Islam tu utopia semata-mata? Giler ke kamu neh.
Korang tau tak keghairahan korang mengejar undi dan sokongan kaum Cina dan kafirun lain menyebabkan kemerosotan undi Melayu pada kamu. Kitorg yang atas pagar ni nampak PAS ni macam bingai betul. Sekejap Isle, sekejap Kebajike.. pastu pilih pulak orang-orang kuat yang tengok dia punye profile pon, kalo aku jadi investor pon aku tak mau jumpa depa.
Tak payah nak tuduh aku pencacai UMNO ke apa, aku ni nak bagi nasihat sebab aku tengok PAS ni da berubah sangat. Aku bukan anggota mana-mana parti dan aku cuma nak tengok orang Melayu maju. Itu ajek.
Sedih aku tengok PAS sekarang.. da nak jadi macam UMNO lak. Baik aku sokong UMNO aje gitu, lebih ori dan orang-orang dia berpendidikan tinggi tak macam PAS.

No comments: