Sunday, April 17, 2011

Cuti-cuti Indon (Jakarta - Bandung)

Aku baru menghabiskan percutian di Indon - 2 hari di Jakarta, 4 hari di Bandung. Tiket dah lama beli dengan Air Asia sejak dari tahun lepas. Maklumlah tiket RM0, kami cuma perlu membayar airport tax dan luggage fees aje. Semua sekali berjumlah RM65 pergi dan balik.Kami turun di Airport Sukarno Hatta di Jakarta, pulang melalui Airport Hussen Sasterawanegara Bandung. Berikut adalah secara ringkas itinerary kami sepanjang di bumi Indon.

Day 1
Depart jam 9.50pg dr LCCT. Tiba di Jakarta Airport lebih kurang jam 11 lebih. Indon jam dia lewat sejam dari kita. So kalo kol 11 dia, panas nya macam pukul 12 tengahari kita.
Amik Kijang ke Hotel Alma, Rp180,000 termasuk tol.
Hotel Alma ni not bad la, terletak dekat ngan Rantau Abang. To be exact, dekat Petamburan, Jakarta Pusat. Orang kaya-kaya indon banyak kat Jakarta Selatan, kat situ ada Plaza Senayan, kalo nak rasa macam bibik kat Indon, boleh la gi situ. :)
Pas check in, kami naik bajai, first time naik, kami kena tipu Rp40,000 untuk ke Restoran Garuda. Kat restoran ni makan nasi padang. Makanan dia agak mahal. Sekali aje makan kat situ.
Hidangan lauk pauk nasi padang Garuda, sedap :) dan mahal :(

Selesai makan, kami ke Tanah Abang, kat sini beli sehelai baju since datang memang berlenggang and niat pun memang nak beli baju banyak2 untuk di pakai dalam masa seminggu ni. Barang di Tanah Abang agak mahal sikit. Semua kedai kat sini tutup pukul 5petang.
Malam, jalan-jalan sambil dinner makan bakmi di Sarina Shopping Complex.

Day2
Pagi-pagi, pas breakfast kat hotel, terus naik bajai gi MONAS,tambang Rp17,000 tak silap.
Pas amik gambar bagai, kami ke Mangga Dua Pasar Pagi, shopping baju, telekong da Kat sini macam lagi murah dari Tanah Abang, baju2 dia pon nampak macam up to date la jugak. Makan tengahari pun kat sini. Dah lupa makan apa kat sini.Tp rupa macam ayam penyet.
Masa nak balik, amik bajai, lama giler duduk dalam bajai dari Mangga Dua ke Petamburan coz bajai sesat. Kesian pada kesungguhan dia cari jalan dan tak bertindak jahat pada kami, kami sedekahkan dia Rp50,000.
Malam tu kami makan di Nasi Padang Express - murah dan sedappp..

Day3
Bertolak ke Bandung menaiki keretapi. Naik di stesen Gambir, amik kelas Eksekutif. Tambang dia hanya lah Rp55000 seorang sahaja. Bagus naik tren ni coz dari situ nampak bagaimana kehidupan orang Indon ni dengan lebih jelas. Kalo yang miskin tu sangat la miskin, manakala yang kaya tu kaya gilos. Kalo di tempat kita, itu adalah reban ayam tetapi di Indon ada orang duduk rumah yang macam tu. Sedih dan pada masa yang sama bersyukur lahir sebagai warga Malaysia.
sesungguhnya ada manusia yang lebih sukar hidupnya berbanding kita semua
Pemandangan pun cantik, jarang jumpa scenary yang cantik cam yang kami nampak ni di Malaysia. Ye lah bak kata orang, lain padang, lain belalang (betul ke peribahasa ni)

mereka banyak menanam padi bukit, memberi satu pemandangan yang agak exotic bagi kami

Tiba di Bandung, pak supir dari Orange Homes dah tunggu. Orange Homes ni dia tawarkan ambil dan hantar secara gratis. Kalo tempat lain mau nye kena 50,000 - 60,000 kos untuk ke hotel depa. Yang kontra nya, hotel dia agak kedalam sikit, kalo nak kuar jalan kaki tu agak payah la.
Lepas check-in, kami jalan kaki (jauh gilos) ke Bandung Trace Center. Sebelum tu kami singgah makan Nasi apa ntah dengan Daging Gepuk yang fames, di Nyonya Ong. Sedap jugak.Harga dia pon boleh tahan berpatutan. Siap bagi air teh o tawar free dengan kerepek ape ntah yang di curah dengan kuah kacang.. sedapp.
nasi apa ntah dengan daging gepuk.
Pas shopping beberapa potong baju untuk dipakai esok, kami dinner kat foodcourt. Kat sini dah start nampak beberapa orang Malaysia..
Malam balik, merancang apa nak buat esok, pastu tido dengan lena :)

Day 4
Masa breakfast, baru sedar semua yang duduk kat hotel ni adalah org Malaysia. Rasa macam kat Malaysia jap. Tapi breakfast makanan Indon. Muehehehe.
Kat luar hotel banyak betul orang jual souvenir, boleh bargain sampai half price.
Penjual-penjual sovenir yang sabar memujuk pelancong terutamanya warga malaysia untuk membeli

Pastu, kami amik supir ngan hotel ni, sewa Rp400,000 sampai malam. Secara ringkas nye, kami ke - Tangkuban Perahu - kami ke kawah Ratu aje, tak turun ke Kawah Domas kerana mahal banget caj nye
Ladang Teh Walini, amik gambar dan posing bagai :)
Taman Wisata Sari Ater
Makan tauhu di Pusat Orang Makan Tahu Lembang (sedap!!)
Petik strawberi di ladang strawberi apa ntah (dijual Rp60,000 / kg, kitorg amik sikit aje dalam Rp10,000), Makan lunch di Restoran Kampung Daun (aku makan Nasi Liwet, sedap banget!). Harga nya pula murah jika nak dibandingkan dengan suasana yang ala-ala 5 star gitu.
Jalan sambil shopping baju di Jalan Dago (murah banget!!)
dan diakhiri makan ayam goreng femese di Bandung, Ayam Goreng Suharti :)
Penat dan sedap, perut kenyang :)
Terima kasih kepada Pak Rauf yang baik hati dan mesra sekali.

Day 5
Seharian kami abis kan masa di Pasar Baru, shopping kain pasang, murah-murah sungguh. Beli kerepek pisang indon yang sedap. Penat dan puas hati. Malam kami dinner kat hotel aje, order mee goreng telur. Sedap jugak.

Day 6
Lepas breakfast, kami amik supir ke Kawah Putih, since ni agak jauh, Rp450,000 di caj kepada kami. Secara ringkasnye, aturcara kami pada hari itu ialah:
Kawah Putih, despite of keindahannya, bau sulfur menusuk hidung hingga rasa macam nak pitam. 15 min adalah max.
Kawah Putih, time kami sampai hujan renyai-renyai.. tak best :(. Istimewa kawah putih ni berbanding tanngkuban perahu ialah, kami boleh turun hingga menghampiri kawah itu.
Pastu ke Tasik Cinta, hujan belum reda lagi.. tak best.
Kami cuba minuman jamu yang sangat popular di sini, untuk panaskan badan, namanya Bandrek Abah. Tak sedap.. :(, beli buah papino, pelik tapi sedap :)
Singgah di restoran apa ntah, dah lupa, makan ayam brengset, pedas giler, tp sedap :)
Petik Strawberi, jauh lebih murah dari yang dulu, Rp40,000 /kg.
Balik singgah di Cibaduyut, beli barangan kulit yang murah, tp kulit nya ori, tp brand nya keoriginalitas tak dijamin :). u know what I am talking about :)
Singgah di Rumah Mode - sempat sambar baju selai :)
Singgah di Jalan Riau, beli perfume kat sini.
Malam, dinner kat restoran yang tak ingat nama, kureng sedap :(

Day 7
Pukul 4pg, berada di Airport untuk balik ke Malaysia .. Sekali lagi Orange Homes menghantar kami secara gratis.
Bila pulang sila sediakan tax Rp75000. Di Jakarta tak sure berapa.

Kami tak sempat ke Kartika Sari, dan tak sempat merasai brownies kukus yang femes itu.

Sekian

2 comments:

Anonymous said...

@ bandung 75k for tax
@ jakarta 150k for tax..

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com