Aku ada seorang kawan, namanya S. Dia tua dalam 3-4 tahun dari aku. Aku jumpa S kat satu kursus anjuran gomen (aku bukan kakitangan gomen). Dia menumpangi kereta aku. Beberapa minggu kemudian, dia ada urusan di Putrajaya, dia menumpangi rumah aku. Sejak dr hari pertama, aku dapati dia seorang yang lain dari yang lain.
Antara kelainannya,
- Pada suatu hari dia mintak tolong sebab nak tido kat rumah aku, aku pon ok ajek. Bila dia dtg rumah aku dia pon gelak gelak dan kata, ni bukan apartment, ni rumah flat. Tak ke pelik bagi seorang yang ingin menumpang di rumah seseorang berkata begitu.
- Pastu, masuk dalam rumah, dia gelak gelak lagi dan menyatakan bahawa rumah orang bujang, mcm ni la yek. Tak ke pelik bagi seorang yang ingin menumpang di rumah seseorang berkata begitu.
- Di facebook, dia kadang-kadang masuk campur dalam komen komen aku sambil membuat ayat berunsur membantah topik yang kami bincangkan.
- Dia ada kereta, tp dia tak pernah bawa kereta nya kemana-mana selain dari opisnya dan hanya menaiki bas atas alasan ingin jimatkan minyak.
- Kami ke kenduri kahwin bersama-sama, setelah dia makan semua makanan yang ada dalam doorgift tu, dia tinggalkan kotak berserta telur dalam kereta aku.Doorgift yang aku dapat pula di letakkan dalam kotak makanan yang dia tinggal kan tu.
- Dia ingin mengambil suntikan vitamin C atas alasan ingin nampak lebih muda.. humm pelik nya..
- Dan banyak lagi kepelikan S.
- Dia melakukan semua aktiviti dalam bilik, termasuk makan, minum, main laptop dan semestinya tido.
- Makanannya sungguh banyak dalam peti ais sehingga kami tak boleh nak beli makanan kami sendiri. Dia boleh habiskan semua makanan dengan begitu pantas sekali. Sedar-sedar dia dah refill peti ais aku dengan stok baru.
- Lepas dia masak-masak, dia akan tinggalkan dapur dalam keadaan yang kotor dan tidak terurus. Pelik sungguh begitu.
- Bila dia lepak sorang-sorang dalam bilik, dia akan ketawa berdekah-dekah dengan kadar yang sangat kuat sehingga kami yang kat luar ni kehairanan, kenapa perlu ketawa begitu kuat sekali.
- Tak pernah keluar kemana-mana melainkan untuk membeli stok makanan.
No comments:
Post a Comment