Saturday, March 12, 2011

Dengan kuasa Allah, kegelisahan hati ini akan berakhir

Hari Isnin yang lepas aku telah membuat kesilapan yang amat besar, mencapai tahap aku boleh di dismiss anytime soon. Dengan Line Manager yang seolah-olah sudah berputus harapan kepadaku, Allah,  Tuhan Maha Kuasa dan Maha Pemurah, Dia membantu aku, situasi aku dapat di kawal dan menunggu hari esok untuk pembaikian.
Dalam keadaan aku merasa keadaan aku umpama telur dihujung tanduk, betapa Allah nak menunjukkan kasih sayang Nya pada aku, company A secara tiba-tiba menghubungi aku untuk ke temuduga. Selang 2 hari berikutnya, agensi B telah memanggil aku untuk ke assessment peringkat kedua. Ya Allah, betapa aku merasakan bahawa kuasa Mu sangat lah tidak terjangkau dan tidak diduga, dan langit tidak selalunya gelap.
Maka, aku baru sahaja menghadiri assessement kedua agensi B, semoga dengan limpahan kasih sayang Allah, diberikan aku peluang untuk menjawat jawatan di agensi B.
Dengan kuasa Allah juga, satu aktiviti yang high risk telah pun di batalkan minggu ini. Dan esok, aktiviti pembetulan aku akan dibuat. Ya Allah, sekali lagi aku memohon belas ihsan mu, bantu lah aku, jadikan lah kerosakan yang telah ku lakukan minggu lepas menjadi sediakala Ya Allah. Permudahkan lah urusan aku, jauhkan lah aku dari kesusahan dan malapetaka Ya Allah.
Ya Allah, minggu ini sesungguhnya minggu yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran darimu untukku. Aku merasai kasih sayangmu, aku merasai betapa Mu hadir di saat aku kesempitan. Tiada makhluk yang boleh membantu ku sebegitu rupa melainkan Mu,Tuhanku yang kusembah.
Ya Allah, aku tiada tempat lain yang boleh aku bergantung harap melainkan mu, dengan ini, aku merintih sekali lagi Ya Allah, bagilah aku peluang kedua untuk membuktikan bahawa aku boleh dan berguna kepada kumpulan ku. Aminnnnn

No comments: