Saturday, March 5, 2011

Emas lagi

Ok, lupa nak bitau wahai blog, rantai tangan aku sudah sampai dan dah dipakai beberapa kali. Penjual S ini memang boleh dipercayai. Jujur dan amanah. Aku sangat berpuas hati dengan rantai tangan aku, cuma panjang dia lebih-lebih lak, maka nampak meleret sedikit rantai tangan aku bila di pakai. Tak kisah la tu, lagipun aku bukannya pakai sentiasa, bila pakai long sleeve tutup-tutup lengan sampai bawah baru aku pakai, kalo pakai pendek-pendek tak pakai pon emas bagai, takut kena ragut.
Sekarang aku dalam usaha nak beli rantai leher pulak, dah pun kenal pasti rantai ini, nak beli di Kedai Emas I,tp kat sini dia amik upah, so harga dia boleh tahan la mahal sikit berbanding S. Tapi pada masa yang sama sedang survey-survey yang tempat lain pula. Aih sudah gila emas aku ini.
Emas pon tengah naik harga sekarang, hari tu aku beli rantai tangan, RM132/g, sekarang kedai Emas Irdina jual RM138/g, dah naik harga, tengok graf pun, harga mencanak-canak naik setiap hari.
Apa boleh buat, memang dah begitu harga emas ni, tak penah nye nak turun. Kalo beli di Syarikat P, lagi lah nye, mahal, tak sanggup aku. Baik beli ngan orang Melayu kita, yang at least, kite tau, kurang-kurang duit yang kite bayau tu, dia akan sumbang sikit ke zakat.
Sekian coretan emas aku, nnt bila dah dpt rantai leher tu aku upload gambar kat sini :)

No comments: