Monday, May 11, 2015

Cuti cuti Turkey - Istanbul (Part 1)

Fuh dah berdebu sawang semua. Dah lama x menaip. Ok hari ni aku akan mula menaip kisah percutian aku selama 14 hari ke Turkiye. So far aku rasa ini lah percutian terbaik dalam hidup, selepas kunjungan ke Mekah and Madinah. Aku pergi berdua ngan rakan. Sepatutnya pergi bertiga, seorang cancel last minute.
Misi bermula dengan booking tiket. Sedang belek belek surat khabar, ternampak iklan matta fair, Istanbul rm1800 je. Wow, terus la kitorg roger syarikat tersebut dan dapat tiket pergi balik Istanbul dengan menaiki Etihad Airways dengan harga RM1830 sahaja return.

Hari pertama
Kami bertolak jam 2.55am dan tiba di Abu Dhabi jam 6.20am. Flight kami ada transit kat Abu Dhabi selama 2 jam. Elok cari flight ada transit mcm ni. Tak dela penat nak qada solat bila sampai destinasi dan tak de la mengalami kepenatan akibat terlalu lama dalam flight. Flight ke IST bersambung jam 9.05am dan tiba di Mustaffa Kamal Attartuk Airport jam 2 lebe berikutan flight sukar nak berlepas akibat kesesakan trafik udara.
Dari airport, kami tukar duit dalam EUR30 kami naik bus (TL11 per trip) menuju ke Taksim Square. Di sana kami berjalan kaki dalam dekat 2km sambil usung troli bag mencari hostel kami. Rupa2nya lokasi hostel agak berdekatan dengan Istiklal Cad.
Hostel penginapan kami ialah Aga Hamam Hostel.
Kemudiannya, memandangkan hari dah petang, kami memutuskan hari tersebut malas nak buat apa sangat, jadi kena la cari tiket bus utk ke Selcuk. Pengurus hotel begitu baik hati memberi tahu kami yang tiket bus boleh dibeli di area berdekatan dengan Dataran Taksim. Terdapat beberapa syarikat bus di sana.
Oleh kerana baru pertama kali di Istanbul, agak sukar untuk mencari kawasan tersebut. Tetapi akhirnya kami menjumpainya dan membeli tiket bus Metro 3 seater dengan harga TL80. Malas nak beli Kamil Koc sbb 4 seater jd sempit sikit. Setelah itu, kami kembali ke hostel sambil menyusuri Istiklal Cad yang sentiasa sibuk tidak mengira pagi,  petang, atau malam.

Tips:
1) Cari penerbangan yang mendarat di Attartuk International Airport (kod airport IST)  bukannya Sabiha Gocken Airport (kod airport SAW tak silap) .  Sabiha Gocken sangat jauh dr pusat bandar dan kos transport ke Taksim dan kawasan lain agak mahal.
2) bawa hanya Euro. Di airport hanya tukar sedikit aje untuk transport ke hotel. Anda akan dapat rate lira terbaik di Taksim dan Grand Baazar. Jangan tukar di kawasan Sultanahmet kerana kawasan itu mencekik darah. Jangan sesekali tukar di Malaysia.
3) Turkiye bermuka bumi berbukit bukau. Sekiranya anda bergerak dari Istanbul ke kawasan kawasan lain secara persendirian seperti saya, bawa hanya bag belakang. Jika tidak anda akan mengalami kesukaran seperti saya akibat membawa bag troli.
4) Check suhu dan cuaca sebelom tiba.
5) Bus ke tempat lain lain dari Istanbul seperti Cappadocia dan Selcuk boleh di beli di Inonu Cad. Dari Taksim Square, cari hotel Marmara, lalu depan hotel marmara ke bawah sehingga anda nampak syarikat bus. Atau pon guna google map sahaja. Hehehe.  Ada beberapa syarikat bus di situ seperti Kamil Koc, Metro, Ulusoy, dan Suha Tour. Bermakna anda tidak perlu ke Bayrampasa. Perkhidmatan shuttle akan pikap anda dari Inonu Cad ini ke bus station berkenaan. Anda tidak perlu minta hotel belikan kerana mereka akan mark up lg harga tiket tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Boleh saya tahu yang beli tiket RM1800 return air fare dari travel agent mana eeh?