Sunday, May 17, 2015

Cuti-cuti Turkey - Istanbul (Part 2)

Hari kedua kami bermula awal. Pukul 7.30am kami dah keluar mencari sarapan. Di Istanbul banyak gerai gerai kecil menjual simit dan ajmal. Simit sedikit keras dan rangup manakala ajmal berupa roti biasa yang bulat. Aku lagi suka ajmal.

Cubaan pertama naik tren di Turki. Kami nak ke Sultanahmet. Hari ni dan esok objektif kami untuk abiskan semua muzium dalam museum pass. Tapi kena cari museum pass dulu.

Sebab first time naik train, kami beli Istanbulkart 2 keping. Rupa2nya sekeping sudah memadai kerana sistem tren kat sini caj nya flat rate. Tak kira berapa stesen pon anda pergi, harga nya sama je. Tak berapa nak paham lagi dengan sistem tren, kami tanya la pekerja metro ni. Dia menyuruh kami membuat penukaran di sebuah stesen lain.

Dah lupa nama stesen itu, di situ terletak Sulaimaniye Cami, atau Masjid Sulaimaniye. Ini adalah antara masjid yang terhebat di Istanbul nya. Alang alang sampai melawat la ni dulu.

Sesudah itu, nak naik tram menuju ke Topkapi. Punya la jalan akhirnya jumpa stesennya. Selamat tiba di Gulhane Park, kami berjalan ke arah Archeological Museum dan membeli Museum Pass di sana. Museum Pass bole dibeli di mana mana Museum di Istanbul. Untuk penggunaan 3 hari harga nya ialah 85TL merangkumi Topkapi (merangkumi Harem section yang bernilai 15TL) , Archeological Museum, Aya Sophia, Irene Sophia, Mosaic Palace dan beberapa lagi tak ingat nama.

Pada hari kedua ini kami hanya mampu cover Topkapi termasuk Harem, Archeological Museum dan Aya Sophia sahaja. Selebih nya sambung esok.

Perlu diingatkan bahawa museum pass ini hanya sekali masuk je. Kami nak masuk Topkapi lagi sekali untuk kali ke dua tetapi tidak dibenarkan.

Malam tu, tapau kebab makan kat hotel. Malam tu jugak dah kena pack sebab esok terus check out dari dorm kami.

No comments: