Assalamualaikum,
Ini kali ketiga aku ke Indonesia. Oleh kerana kali ini lawatan berkaitan dengan kerja, maka tak banyak jalan.
Aku ringkas kan apa aktiviti aku semasa lawatan 5 hari itu.
14th Jan 2014 ( Day 1)
Naik MAS (MH 725) jam 6.25pm.
Tiba di Sukarto Hatta International Airport jam 8++pm.
Untuk ke Century Park Hotel yang terletak di Jakarta Selatan, kami menaiki teksi Golden Bird. Di Indonesia, kebanyakan teksi tak boleh dipercayai kecuali teksi yang berkaitan dengan Bird - Bird ni.
Syarikat ni ada beberapa perkhidmatan:
BlueBird - Teksi biasa, tiada resit, tapi so far aku tiada pengalaman ngeri dengan teksi ni, jujur dan tidak menipu.
Silver Bird - Teksi premier, mahal sikit.
Golden Bird - Teksi Limo. Camry, Merc E200 ataupon Alphard.
Kami memilih Golden Bird, amik Camry dengan bayaran Rp310,000. Tetapi memandangkan Camry tak ada pada masa itu, maka kami di upgrade kepada Merc E200. Thanks Goldern Bird.
Malam itu tak de aktiviti apa-apa, semua sibuk dengan preparation untuk kerja esok hari.
15th Jan 2014 (Day 2)
Lunch time kami di bawa menikmati Makanan Padang, makanan nya sama aje mcm lauk pauk di Malaysia.
Lepas kerja, jam 5pm sini, kami di bawa ke Melawai. Melawai terletak dalam kawasan Blok M. Di sini ada Carrefour dan banyak lot shop.
Selepas itu kami di bawa makan Sate Padang. Ia dimakan dengan nasi impit dan beberapa cucuk sate. Sate nya diperbuat dari daging lembu dan organ-organ yang lain seperti paru dan sebagainya. Kuahnya pula bersantan, pedas (pedas pepper) dan pekat, tiada kacang macam kuah sate kita.
16th Jan 2014 (Day 3)
Lunch time kami makan di BakMi.
Lepas kerja, kami berjalan-jalan di Senayan Plaza, di sini bole diibaratkan umpama Pavilion. Mahal banget barangan nya.
Kemudian kami makan malam di Betawi Cafe. Aku makan Mee Kangkung, dan ada beberapa menu lain yang agak sedap.
17th Jan 2014 (Day 4)
Kami ada meeting jam 10am dan 5pm. So ada masa senggang di antara nya. Maka kami ke Tanah Abang bersama rakan kami yang sangat baik hati, iaitu Pak Andy. Kami ke Tanah Abang menaiki Taksi dengan bayaran Rp30,000.
Perjalanan ambil masa dalam 30minit.
Di Tanah Abang, kami sempat membeli Jaket kulit kambing ori (Rp600,000), Kain sulam (Rp75,000), dan jubah kain cotton (Rp 70,000). Setelah itu kami bergegas pulang ke kantor untuk meeting jam 5.
Kantor kami berdekatan dengan Metro. Metro merupakan pusat membeli belah sebagaimana KLCC. Disini tiada apa yang di beli kerana harga nya mirip di Malaysia.
Setelah itu, Pak Gun, rakan kami di sini membawa kami menikmati makanan Menado di Beautika Cafe. Cafe ini terletak berhampiran dengan Senayan.
Menado merupakan sebuah daerah di Utara Sulawesi. Makanannya pedas-pedas dan lazat. Sampai berpeluh2 kami di buatnya.
18th Jan 2014 (Day 5)
Kami tiada aktiviti sangat pada hari ini kerana perlu menaiki flight jam 3.45pm waktu tempatan.
No comments:
Post a Comment