Thursday, January 9, 2014

Full car loan repayment

Ramai dok tanya, camana nak buat full loan repayment?
Aku baru je buat untuk keter kesayangan ku last month.
Ada baki lagi 1000++, sepatutnya loan aku abis lagi 7 bulan, aku ingat aku nak setel kan semua.
So step dia cam di bawah:
1) Call bank yang anda buat pinjaman tu, katalah pinjam dengan Bank Rimau, maka call Bank Rimau.
2) Check ngan bank tersebut, nak buat  full car loan settlement, ada berapa baki yang perlu di jelaskan sekiranya nak buat bayaran tu sekian-sekian hari bulan.
3) Bank akan bitau, baki anda perlu jelaskan ialah sebanyak sekian-sekian. Bank Rimau baik sket, kalo setel awal dari tarikh yang sepatutnya akan dapat rebate. Aku dapat rebate RM50++. Ok la tu. Hehe
Jangan lupa tanya pasal Geran dan E-Batal. Mintak tolong bank buat serahan geran dan buat  e-batal tu sekali.
4) Bila nak buat full setelment, tanya camana nak bayar ni. Macam aku, aku turun kaunter bayar. Esok nya tengok kat M2U da tak de da loan detail kat hire purchase loan.
5) Kalo anda request geran dan e-batal tu  dihantar melalui pos, tunggu beberapa hari, dokumen tersebut akan sampai kepada anda.
6) Selesai sudah hutang bank :)



No comments: