Dah lama tak menaip, hari ni aku nak cerita pasal housemateku yang bernama Bobo, dan penyakit yang dihidapinya, FeLV.
Sejak bulan May kot, Bobo asik sakit mulut, ulser dia on and off. Mula-mula aku gi Klinik M, dia bagi ubat yang langsung tak berkesan. Lepas tu aku tukar ke klinik J, dokter muda lagi, bagus sangat dokter ni. Kedai ni pon macam baru bukak. Diagnosis pertama dokter, sebab Bobo asik makan wet food, maka sebab tu dia kena ulser, dia nasihatkan suruh tukar makanan, makan dry food aje. Dia bagi ubat. Lepas tu Bobo ok balik.
Tapi lepas pada tu, ulser dia on and off. Setelah 3 kali aku gi Klinik J, dan last visit aku ke klinik tu, dokter tu kata, tak de apa2 pon, mulut dia OK, padahal Bobo asik jerit-jerit aje bila makan. Aku cam fikir agaknya dokter ni da fed up kot ngan Bobo. Lantas aku pon tergerak hati nak tukar klinik. Terus aku teringat nak pi Klinik kat Seksyen 3 Bangi. Klinik ni penah ubat luka Bobo dulu.
Klinik H ni mahal sikit, tapi bagus. Dokter H dia sangat membantu. Dia terus syak Bobo ni ada FeLV. Lepas buat test, betul rupanya Bobo ada FeLV plus Kencing Manis lak tu. Meruntun-runtun hati aku bila tau Bobo kena penyakit itu, ye la kan, umpama death sentence.
FeLV ni sejenis virus yang ada kat badan kucing aje, virus ni mudah menjangkiti kucing dari kucing yang lain. Aku suspect, Bobo memang dah ada FeLV sebelom aku jumpa dia lagi, sekarang baru penyakit tu start develop. So dokter H ni cakap siap-siap nyawa Bobo tak panjang, biasanya lepas disahkan ada FeLV, dalam masa beberapa bulan, pesakit itu akan menghembuskan napas nya yang terakhir. Sedih siot masa tu. Tapi since FeLV ni tak kan transmit kepada manusia atau pon ayam atau pon anjing atau pon haiwan lain, kerana virus ni akan mati beberapa saat selepas meninggalkan badan kucing, maka aku terus ingin menjaga Bobo sehingga akhir hayatnya.
Mula-mula Dokter H bagi Cell Advance dan Vetri DMG, kombinasi ni nampak nya elok awal-awal. Keadaan Bobo tak improve tapi tak merosot, so ok lah, Dokter H kata, elok macam ni, dari jadi lebih teruk kan.Cell Advance ni ialah anti oxidant yang membantu maintain kucing yang lemah sistem immuniasi dan juga anti aging. Manakala DMG ni lebih pada menguatkan immunisasi kucing. Kedua-dua ni bukan la ubat, tetapi lebih kepada supplement. FeLV memang tiada ubatnya. Supplement ini diharapkan supaya keadaan Bobo akan tidak merosot dengan lebih cepat lagi.
Lepas seminggu, kencing manis Bobo hilang. Alhamdulillah. Sekarang tinggal FeLV aje.
Bulan ni aku tengok Bobo semakin teruk, aku pon pening. Last-last aku amik keputusan untuk cuba Transfer Factor 4Plus. Aku check ngan Dokter H, sama ada ok ke tak TF ni, Dokter H kata boleh je try.
So mulai hari ni, kombinasi ubat Bobo ialah:
1) Antibiotik dari Dokter H (suku biji sehari)
2) Ubat surut bengkak non-steroid dari Dokter H (suku biji sehari)
3) Cell Advance (sebiji sehari)
4) DMG (sebiji sehari)
5) Transfer Factor Advance 4Life (2 biji sehari)
Beberapa hari lagi aku update keadaan Bobo macamana.
No comments:
Post a Comment