Friday, July 19, 2013

Review: Buffet Ramadhan Part 1

Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku untuk menyambut ramadhan kali ke 29. Ya bulan depan umur dah 30thn.
 Nak buat review sikit pasal buffet ramadhan. Kampeni aku ni vendor nya gemor betul belanja kami. Walaupon sangkut paut nya tak de sangat dengan vendor terbabit, aku bantai belasah aje pegi.

1) JW Marriot, Tingkat 4.
- selection makanan dia so-so. Jenis makanan dia tak banyak, buffet nya memberi tumpuan pada lauk pauk contohnya terdapat pelbagai jenis masakan ayam seperti ayam rendang, ayam kurma, ayam masak merah, ayam halia.
- Tema nya ke arah keMelayu-an. Sekiranya kamu mencari dim-sum ataupun suhshi atau pon seleksi makanan berunsurkan cina serba sedikit. Ini bukanlah tempat nya.
- Ada kambing golek, sedap.
- Ada sate sedap.

2) Berjaya Hotel
- Aku nak kondem pasal surau dia tak de telekong. Gelabah kami cari telekong nak semayang, takkan nak pakai pyjamas pulak kan.
- Nasib baik makanan dia sedap. Selection dia lebih worldwide, campuran makanan melayu, arab, cina dan bestnya ada stall western food.

3) Mandarin Oriental
- Aku puji surau dia ada sediakan telekong. Tahniah kerana peka pada keperluan muslimat. Bersih lak tu.
- Makanan dia sedap, semua sedap. Variasi makanan pula ialah dari Arab, Melayu hinggalah ke Cina.
- Ada banyak dessert.

4) Halia Restaurant, Sime Darby Convention Centre
- Yang ni berbaloi-baloi pegi jauh-jauh nak makan.
- Selection nya banyak dan semua boleh tahan sedap nya.
- Tapi sebab ramai yang tahu kedai ni sedap, so ramai gile yang makan kat sini, surau dia pon over crowded jugak.

So far inilah sahaja buat masa ini. Akan update lagi di hari lain.

No comments: