Update:
J berkata bole dulu kan duit yang aku ada dalam acc aku.
Hrm... hutang aku mmg banyak tp aku dah malas, hati aku da malas nak berinteraksi dengan mereka. Biarler, aku ingat nak amik sedikit ganti duit Vxxxx tu, dan lepas ni malas lagi nak bercakap dengan mereka.
Biarlah mereka kaya raya dengan duit itu.
Buang masa aje bercakap dengan mereka.
>>>>>>
Apekah tak patut aku minta apa yg sepatutnya menjadi hak aku? Apekah dikira selfish apa bila aku meminta kembali duit yang memang hak aku, dan aku nak gunakan wang itu? Apekah aku yang selfish?
Aku sungguh terkesan, sedih, terasa hati dengan kata-kata orang itu. Salahkah aku mintak kembali duit aku? Dia yang meminjamkan wang aku itu, ketika wang aku ditangannya kepada orang lain,lebih-lebih lagi tanpa kebenaran aku. Aku tak rela pun bagi dia pakai duit aku. Sungguh tak amanah! Tetapi bila aku minta dia gunakan wang dia untuk mengganti duit aku, dia mula menimbulkan pelbagai isu, menuduh aku yang tamak, pentingkan diri sendiri, selfish dan tidak memikirkan tentang diri dia.
Atau cara aku minta itu yang salah?
Paling menyedihkan betapa ayat nya sebegini:
really dont want to be fighting with u like this, we have had a good relationship, wish to maintain that....but what i cant stand is if someone is being selfish...right now u are, as u want me to pay u and dont care abt me, as long as u get ur money.
Tahukah kamu aku sangat memerlukan wang sekarang! Aku berhutang dengan organisasi T, organisasi Y, dan aku perlukan wang untuk membayar rumah! Jika aku tak perlukan wang, kamu ingat aku suka-suka ke mintak duit ngan korang!
Sebelum itu aku hanya bertanyakan:
Hi J,
Hope u doing well.
May I know what is the status of my USD300? its been many months now. Perhaps u can use you or your team money to pay me, and you get yyyy to pay you then. I believe your business growing now and u have more than that amount.
Thank you
Allah menjadikan masalah dan menjadikan kita melalui masalah tersebut supaya kita berfikir dan mengambil pengajaran darinya. Apa yang aku pelajari:
1) Berhati-hati apabila memberi pinjam wang kepada sesiapa pun, lebih-lebih lagi org itu ada sejarah dengan kita suatu masa dahulu.
2) Jangan bertanggguh untuk mengambil hutang yang dipinjam, kelak akibatnya macam ni lah.
3) Pokoknya nasihatilah anak-anak, cucu cicit supaya jangan terlibat dalam MLM. Kelak business ni akan memakan diri, you have no way out. Sampai sekarang masih ada yang cursing aku lagi, I believe. MLM adalah business yang patut diharamkan di Malaysia dari awal lagi.
4) Sebaik mana seseorang itu kepada kita, hendaklah ada sedikit keraguan padanya. Kena berhati-hati.
5) Mungkin cara aku meminta kembali wang itu tak kena pada caranya.. mungkin ada cara yang lain.
Maaf bebanyak la kalo Miss J, Miss C, atau Miss M baca blog aku ni. Aku tak suruh pon korang baca, lagipun ni blog aku kan, suka ati lah apa aku nak tulis kan..
Aku tak paham, kenapa korang marah2 bila aku mintak balik duit aku.. kenapa aku di kira selfish? DUit aku, bukan suka ati aku ke nak pakai buat apa? MMg aku nak guna duit tu, desperate sangat ni nak pakai, aku mintak la ngan korang.
Miss M, aku tak tau apa jadi kat ko skrg, banyak-banyak la bertaubat, menda yang ko buat sekarang lagi banyak dosa dari pahala.. Cuba ko fikir balik, aktiviti korang, interaction korang, gaya korang.. Duit tak menjamin kebahagiaan ko.. menda ni semua adalah ilusi syaitan aje.. percayalah. Tambah2 pulak banyak keraguan dari manfaat.
Aku tak la kata aku baik sangat, tp itu yang aku nampak.
Menyertai MLM memang menyebabkan korang akan dihantui oleh kisah kisah silam, terutamanya kalo korang earn, dan dah join seberapa lama, mcm aku.
AKu memohon keampunan Allah atas segala salah dan silap ku..
1 comment:
The term MLM has been greatly abused by those inconsiderate maniacs!
Hope you are feeling better now.
You are at no fault asking for what's yours! Ask them to go fly kite!
Post a Comment