Seterusnya, setelah peristiwa akak tersebut dan beberapa ketika selepas itu, sahabat baik saya, M dan juga beberapa orang di sekeliling saya terjebak dengan satu kampeni, saya dah lupa apa namanya, tetapi produk yang dijual adalah produk semburan bawah lidah.. rasanya sejenis enzim yang mampu generate good metabolism dan apa ntah lagi. ramai jugak la yang join, dan kawan saya bernama M tu pun siap cerita dengan penuh bersemangat ada abang yang kaya raya mampu earn sekian sekian amaun dr kampeni semburan ni. Starting dia RM200. Taklah mahal sangat tp memandangkan saya ni student masa tu, kiranya rasa mahal lah jugak. Saya hampir terjerumus dalam business ni, tp alhamdulillah,Tuhan tidak mengizinkan.
Tahun terakhir saya di universiti berkenaan, abang saya menyertai sebuah kampeni bernama L.. masa ni kampeni L sungguh naik.. mencanak-canak naik, kat hostel pun ada sorang mamat tu siap upah orang lain tolong buat assignment dia sebab dia sibuk sangat business MLM ni... siap mampu pakai WAJA lagi.. abang saya ni lak, hari-hari sms saya suruh saya join kampeni L ni.. dah la final year kan, sibuk buat tesis lagi. Memang xde hati langsung nak buat MLM ni. Pastu saya pun merijek abang saya nye business proposal.. sian dia, tp apa nak buat, saya bukannya ada duit. Kemudian saya dapat tau xde orang sign up pon bawah dia, siannye.. ye lah upline dia x nak tolong.. berapa lama pastu dia mak saya cakap dah berhenti buat kampeni MLM tersebut. Bayangkan kerugian yang di alami, semata-mata kerana terpengaruh ngan upline L, dia beli ubat / suplement berharga RM2K.. pastu dia pun bagi kat mak ayah.. hahaha..apo boleh buat.. biasalah org MLM pandai memujuk.. support tak mau... biasa la tuh.
Bila dah tahun akhir di universiti, saya mula memikirkan cara-cara untuk membina kekayaan selepas tamat belajar, dan saya mula membaca buku berunsurkan kewangan. Buku yang mempengaruhi saya ialah buku Azizi Ali, dan buku bertajuk Kebebasan Kewangan. Saya mula memikirkan untuk melaburkan duit yang saya ada dalam amanah saham yang terplih. Saya juga ada menghubungi en M,seorang perunding saham amanah yang sangat berjaya, yang mana ketika beliau datang ke uni saya, beliau memandu mercedes benz.. kagum jugak la.. nyaris saya melaburkan wang disitu, dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk melaburkan wang di ASB sahaja... tetapi sekali sekala saya masih menghubungi en M, untuk mendapatkan nasihat kewangan dr beliau.
Setelah beberapa bulan berlalu, saya beberapa kali melompat kerja, dan saya end up di sebuah kampeni GLC, saya ditempatkan di Putrajaya. Sebelum mendapat rumah, saya menumpang di rumah seorang sahabat baik saya bernama H, kami sangat rapat di Uni. Saya tinggal di rumah H selama 2 minggu. Dan saya mendapati pergerakan beliau kadang-kadang mencurigakan. H kadang-kadang berbuka puasa dengan seorang Punjabi bernama D dan mereka kelihatan sangat rapat. Suatu masa H memberitahu dia ingin ke menyertai Camp bersama-sama kakaknya dan D. Saya seorang yang gemarkan aktiviti lasak, dan bertanyakan apekah Camp tersebut, dia cakap harga nya RM400 kalo saya berminat boleh la bayar dan menyertai dia.. saya end up tak join dia pastu.
Episod saya dan MLM bermuala tidak berapa lama kemudian.. Beberapa minggu selepas itu, tetiba saya dan seorang lagi kawan rapat saya bernama A (kami rapat berempat - A, saya, H dan M),menerima email dr M. Saya tinggal di Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 40 km dr KL. H ingin jumpa saya kerana katanya ada sesuatu yang penting dia nak bitau. Saya masih simpan email tersebut dan mungkin saya akan paste email tu disini bila ada kelapangan. Sungguh curious ingin mengetahui apekah yang kawan saya ingin beritahu. Dan saya menyuruh A jumpa M dahulu nnt saya bersama-sama L (colleague saya , merangkap kawan saya masa uni tp tak lah rapat sangat, sekarang sangat rapat lah jugak). Saya email dia balik dan berjanji akan jumpa dia di lain hari di KL Sentral bersama L.
bersambung....
1 comment:
elok ke mlm ni..lebih kepada skim piramid sebenarnya.
yang kaya adalah orang atasan..yang bawah kalau dapat downline dapatlah hidup..tapi berapa lama dapat kekalkan downline..
saya sejak dulu menolak mlm. sebabnya ianya tak masuk akal. dan berapa sangatlah syarikat mlm yang kekal berjaya..banyak hanya hangat hangat taik ayam saja..
Post a Comment