Wednesday, December 30, 2009

Sherlock Holmes

Hari ini hari yang agak santai. Sebelum ke pejabat saya sempat menggoreng nasi, dan membawanya sebagai bekalan ke pejabat. Jam 11.50pg, Akak A bertanya secara tiba-tiba, " Eh, Sherlock Holmes pukul 12.45pm kan?" Dia baru sahaja melayari facebook saya, dan nampak update status saya berbunyi " mari menonton sherlock holmes 12.45pm". Saya berfikir sebentar, lantas segera ke laman web GSC dan mendapati sebenarnya Shelock Holmes bermula pada jam 12.15pm!. Tanpa berlengah lagi saya, akak A dan M berlari-lari anak ke pawagam bersebelahan (walking distance hanyalah 5 minit).
Wah ramainye orang, lantas di sana saya mencadangkan agar kita memohon pertolongan sesiapa yang sedang beratur.. kami segera menghampiri 2 org lelaki, dan terus memohon bantuan beliau untuk membeli tiket kami.. (oh malunye! sherlock holmes punya pasal, aku peduli apa,hehehe). nasib baik derang agak sporting.. yeay berjaya mendapatkan 2 keping tiket Sherlock Holmes dan 1 keping Princess dan Frog.
Dan sudahnye kami berjaya mendapatkan tiket jam 12.15pm..
2 jam berlalu, kami keluar dr wayang .. PUAS! Masing2 dengan senyum lebar dan mulut becok membincangkan kepintaran Holmes menaakul masalah.
Sherlock Holmes.. mendengar tajuk nya, ekspresi saya sudah tentunya ini merupakan cerita aksi,penuh serius dan drama, darah sana sini, dan pembunuhan sana sini.. Namu Guy Richie memberi dimensi yang berbeza.. Holmes dalam cerita ini tidak lari jauh dari Holmes, watak yang diwujudkan oleh Sir Conan.. iaitu beliau adalah seorang yang pelupa,kelakar (wajah nya sentiasa serius menuturkan lawak),bersepah,pengotor dan ciri-mesti-ada pada Holmes .. BIJAK.  Saya merujuk Wikipedia untuk mendapatkan maklumat lanjut siapakah Holmes berdasarkan garapan Sir Arthur Conan Doyle.. Ia tercatat bahawa:
" Dr Watson subsequently assesses Holmes' abilities thus:
  1. Knowledge of Literature — Nothing.
  2. Knowledge of Philosophy — Nothing.
  3. Knowledge of Astronomy — Nothing.
  4. Knowledge of Politics — Feeble.
  5. Knowledge of Botany — Variable. Well up in belladonna, opium and poisons generally. Knows nothing of practical gardening.
  6. Knowledge of Geology — Practical, but limited. Tells at a glance different soils from each other. After walks, has shown me splashes upon his trousers, and told me by their colour and consistence in what part of London he had received them.
  7. Knowledge of Chemistry — Profound.
  8. Knowledge of Anatomy — Accurate, but unsystematic.
  9. Knowledge of Sensational Literature — Immense. He appears to know every detail of every horror perpetrated in the century.
  10. Plays the violin well.
  11. Is an expert singlestick player, boxer and swordsman.
  12. Has a good practical knowledge of British law."
Semua ciri-ciri tersebut terdapat dalam cerita Sherlock Holmes.
Setup,latar belakang,lagu latar semuanya kena dengan jalan cerita.. pendek kata jika saya seorang pengulas filem, saya akan memberi rating yang tinggi kepada cerita ini, 8.5/10

p/: tak sabar untuk menonton sekuel seterusnya, nampak nya Guy cuba untuk mewujudkan musuh tradisi Holmes, Prof Montiary.

2 comments:

fara gedey.... said...

oitt.....ak tngok cite chipmunk....klako.....nk tngok sherlock holmes tp xdop....kte doh lme wat blog ni...tp ad 2 post je...?????

gitu-gitu aje said...

ni blog baru aku created.
yang lama ada aku hide.
gi la tengok citer Sherlock holmes.. best gler
hr tu aku tengok avatar ngan bedom ngan maksu ngan najian ngan tirah.