Sudah lama saya membuat blog ini, dan sudah lama saya lupa yang saya ada blog. Saya tidak pasti kenapa saya buat blog ini suatu masa dahulu dan tidak pasti kenapa saya tidak letak sebarang posting setelah saya wujudkan ia. Saya tidak pasti juga kenapa saya membuat satu blog baru dan hide blog ini.. sungguh.. sudah lama.
Dan sekarang saya memulakan kembali blog ini. Bermacam perkara saya ingin tulis - berkenaan bobo, kehidupan, review movie yang saya sudah tengok, dan banyak lagi perkara lain. Dan saya tidak pasti sejauh mana kesungguhan saya untuk menulis, dan apakah gaya bahasa yang akan saya gunakan untuk entry-entry (entry = kemasukan?) seterusnya.
Sebagaimana kata seorang sahabat saya di sekolah dahulu, sesungguhnya setiap orang itu mengalami kisah hidup yang berbeza. Kisah hidup saya semestinya amat berbeza dengan seorang yang lain meskipun kami sangat rapat. Sudah tentu dia ada ceritanya sendiri dan sudah tentu saya ada cerita saya sendiri. Ibarat mengolah buku, jalan cerita nya mungkin sama, tetapi apabila dilihat dari perspektif berbeza, maka cerita itu akan menjadi sebuah cerita yang lain. Jika tidak, manakan terdapat lebih dari sebuah buku sejarah.
Maka dengan itu, sangat penting untuk kita menghargai setiap orang yang kita kenali. Janganlah cuba menganggap seseorang itu rendah tarafnya dari kita, kerana mungkin darjatnya sangat tinggi di sisi Tuhan. Mungkin juga kita tidak mengetahui,orang yang kita pandang jelik itu sebenarnya jauh lebih hebat dari kita, dari segi pengalaman hidup, ilmu, pergaulan, dan mungkin juga keagamaan. Siapalah kita untuk membeza-bezakan seseorang.
Tidak disedari, sudah tiga perenggan saya karang. Entry seterusnya, tidak lah saya ketahui, apakah yang akan saya tulis. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan kebarangkalian!
No comments:
Post a Comment