Alhamdulillah kita dah hampir setengah tahun berada dalam tahun 2020.
Aku pasti semua orang ada pelbagai jangkaan dalam tahun 2020 ini, termasuk aku sendiri.
Antara jangkaan dan impian aku untuk tahun 2020
1) Tukar kerja baru dan berharap mendapat leadership role yang significant dan menyumbang pada syarikat.
2) Ambil lesen diving di Semporna, Sabah. Flight dah booking sejak dari tahun lepas.
3) Mengembara ke Kashmir dan India bersama ibu dan bapa.
4) Pelbagaikan pendapatan dengan mempelajari bagaimana untuk trade saham.
Namun, realiti buat masa ini
1) Berjaya tukar kerja namun role yang diperoleh adalah diluar jangkaan dan pengalaman. Organisasi yang baru kusertai ini terlalu banyak penukarannya dan tidak tetap. Sekarang, ada terdengar desas desus yang role aku akan diambil oleh seorang boss baru yang bakal dibawa oleh seorang Senior Management baru. Namun begitu, oleh kerana aku terikat dengan syarikat selama 2 tahun dan kini berada dalam keadaan yang tidak tentu akibat crisis COVID19, akan kuhadap sahaja apa juga yang berlaku. Terasa termasuk dan terjebak dalam shithole.
2) Trip ke Semporna terpaksa ditunda akibat COVID19.
3) Trip ke Kashmir terpaksa ditunda akibat COVID19.
4) Cuba menambah pendapatan dengan belajar saham. Terbeli saham mahal dan sangkut di puncak. Sedang menanggung losses yang sudah mencecah 15%.
Akibat dari COVID19 ini, last aku balik rumah ialah 6 March yang lepas. Sekarang hampir 3 bulan aku tak balik dan bertemu ibu dan bapa. Emosi dan mental terasa lemah buat masa ini.
Maka benarlah, manusia hanya boleh merancang, tetapi, Allah ialah sebaik-baik perancang. Percayalah, segala yang berlaku ada hikmahnya.
Dalam pada aku merungut rungut akan betapa perancangan yang tidak menjadi, sebenarnya ada lagi orang yang lebih bernasib malang dariku. Sewajarnya aku harus bersyukur kepada Allah atas apa yang berlaku. Sekurang-kurang nya aku masih mempunyai punca rezeki, pekerjaan, ibu bapa dan keluarga yang masih sihat.
Sehingga kini, di Malaysia kes COVID19 sudah mencecah 7000 orang. Bilakah ianya akan berakhir aku pon tidak pasti. Itu semua rahsia Allah. Marilah kita berdoa supaya Allah angkat azab ini dari muka bumi. Sekiranya dosa dosa kami punca Kau turunkan azab ini, maka ampunilah kami ya Allah.
1 comment:
Salam..kak, saya baca blog akak mengenai ptd so bila tgk entry akak yg ni means akak tak join ptd la ya? Why?
Post a Comment