Semalam aku gi tengok rumah aku lagi, apa yang aku bole simpulkan, keadaan kitchen kabinet aku makin worst. Boleh tak shelves kabinet bawah dia letak penyendal, tak pro langsung. Macam kabinet aku ni tak di design sepenuhnya, main cantum-cantum aje. Tengok gambar kat atas. Ni baru satu part.
Adoi la aku dah pening kepala camana nak setelkan masalah aku dengan si Said ne.
Esok aku nak tengok camana lah hasil akhirnya.
Kalo buruk jugak, strategi aku untuk menyelesaikan masalah aku dengan mamat ini ialah:
1) Mintak diskaun, nak bayar dalam 60% sahaja max iaitu 2800 lebe kurang.
2) Jika dia insist suruh aku buat full payment, aku akan suruh dia cabut kitchen kabinet ni, dan bagi RM300 on top of RM3000 deposit yang dah aku jelaskan awal dulu. Dia masih lagi untung, kerana barang-barang dipulangkan, dan aku lak menanggung kerugian kerana dinding berlubang-lubang dan terpaksa membayar lebih untuk kerja-kerja yang tidak memanfaatkan aku.
3) Jika dia masih lagi insist, aku nak setelkan hal ni dekat tribunal tuntutan pengguna sahaja sebagai jalan terakhir. Semoga keputusan menyebelahi aku. Amin.
Nak menulis pun tak de mood ni. Ya Allah, kuatkan la semangat aku.
No comments:
Post a Comment