Da lama tak update, sebab apo laie, sebok ngan kontraktor aku la.
Update project renovasi ni kepada mengikut phase:
Phase 1: Wiring
Phase 2: Cat
Phase 3: Kitchen Kabinet
Phase 4: Grill, langsir dan lain-lain minor enhancement.
Phase 1: Wiring
Aku amik wiring ne dengan sorang kontraktor ne nama dia Said (bukan nama sebenar). Sebelum ni dia buat kat umah abang aku. Hasil kerje dia OK la. Lagipun harga dia murah sikit. RM100 untuk satu point tebuk dalam. So aku amik dia.Untuk wiring dia amik masa 3 hari untuk complete sume.
Apa yang aku buat, aku alih point lampu kat ruang tamu, dalam 3 point, tambah 2 point lampu dalam bilik, tambah 2 power point kat dapur, dan tambah 1 extra power point kat ruang tamu.
Tukang yang buat ni indon nama Mail, kerja dia kemas, alhamdulillah.
Dah siap wiring, kena la pasang lampu dan kipas lak. Tu sume aku beli kat Houses Lightings, murah benor lampu2 bagai.
Kos wiring: RM600
Kos lampu: RM780
Kos pasang lampu: TBD (estimation RM400)
Phase 2: Cat
Cat aku beli sendiri, paka nippon kokak nye, Qglo tu aje. Tukang ne aku upah orang Indon nama Md Rahmat. Siap lebeh kurang 2 minggu. Kena banyak membebel pasal kerja tak kemas.Dia cat keseluruhan rumah termasuk undercoat, siling, pintu dan frame tingkap.
So Phase 2 dah complete sepenuhnya.
Kos: RM1100
Kos tin cat: RM860
Phase 3: Kitchen Cabinet
Ni dah start since last week. Bosan ngan kitchen kabinet ni, pasal lama sangat. Ne la rupa dia, nampak cantik dan tiada cacat cela kan? Sebenarnya bila tengok dekat sakit hati rasanya. Belum tengok belah dalam lagi. Dah la kerja-kerja dia buruk. Sana senget, sini senget.
Kontraktor untuk kerje ne aku pakai Said jugak. Aku pakai dia jugak pasal ngan abang aku dulu pun dia buat kitchen cabinet gak, cantik dan kemas aje. Asal tah bila dia buat yang aku nye, nampak sangat pemalas dan penipu nya, pakai barang2 kualiti rendah. Agaknya pasal dah kaya kot. Nak cepat siap aje kerjenya, tapi tak siap-siap jugak.
Pastu, 2 hari lepas, aku hantar email berjela, membebel suruh rectify balik mana yang buruk tu. Sampai sekarang tak balas-balas email aku, sms pun tidak. Aku sengaja tak gi jenguk rumah aku, pasal aku tak nak diri sendiri stress. Esok baru nak gi tengok. Aku ingat kalo buruk lagi, aku akan hold payment sampai dia buat aku puas hati. Kalo dia malas, aku nak suruh cabut aje, x mo bayar apa-apa pon. Peristiwa kabinet ni menyebabkan aku serik dengan kontraktor Melayu. Memang tobat aku x mo amik paper lagi project berkaitan kabinet /atau apa-apa yang built in ngan si Said ni. Lepas ni kalo ada apa-apa lagi memang aku nak upah cina aje buat keje. Sapa-sapa yang nak tau sapa kontraktor ne, apa nama kampeni dia, tinggal aje message, korang bitau nama kontraktor korang nak engage, kalo betul dia aku bitau, kalo x aku cakap bukan, aku tak leh nak disclose nama dia kat sini, kesian gak, kang tutup pintu rezeki dia lak karang. Tak baik. Biar la dia menganiaya kita, jangan kita yang menganiaya orang.
Aku letak gambar kesengetan dia ne untuk contoh.
Kos: RM4760
Sinki + faucet : RM480
Hood dan Hob: RM999
Phase 4: Grill dan lain-lain minor enhancement
Kan mula-mula aku nak upah Alif untuk gril, budak ne mula-mula janji nak pasang pada 20th Oct hari tu.Aku call dia langsung tak angkat.Sampai sekarang dia tak return call. So, 21th Oct, aku panggil Andy Low,dia da datang ukur semua, dia quote aku murah RM100 dari harga Alif. Grll yang aku buat merangkumi bahagian balkoni, tingkap bilik ada 3, dan kat yard belakang. Andy janji nak pasang 3rd Nov ni.
Untuk langsir lak, aku suruh si Said tu pasang, dia kata nak pasang percuma aje, kira atas upah pasang lampu.Aku beli sendiri ril langsir, kat kedai Keris Hardware, dapatla RM2 sekaki. Rega paling murah tu.
Ada 2 bilik lagi aku pasang blind aje, beli kat Baagus, murah, sekeping RM150 aje.
Langsir lak aku belum beli lagi. Rileks-rileks la dulu, kat Sogo pon bole beli.
Selain tu, dalam phase ni jugak aku beli penyangkut baju, penyangkut towel, dan glass shelves untuk jamban. Tombol pintu pon aku beli untuk bilik-bilik yang ada, sume tukar sekal gus, x yah upah orang lagi.
Kos gril: RM1300
Kos blind: RM150
Kos ril langsir: RM64
Tombol: RM48
Shelves / Rack / Hanger: RM100