Sunday, June 3, 2012

Coincards dan Uncut Banknotes

Ok hari ni saya tak mo cerita pasal rumah, tak de progress sangat. Hari ni kita bercerita pasal coincards dan Uncut Banknotes

Apa itu coincards? Coincards ialah syiling peringatan yang dikeluarkan oleh bank pusat contohnya Bank Negara Malaysia dan ianya dikeluarkan sempena hari-hari tertentu dalam kuantiti yang terhad. Sebagai contoh, baru-baru ini pada 30 May 2012 adalah ulangtahun ke 100 penubuhan Pandu Puteri dan Pengakap, maka Bank Negara Malaysia mengeluarkan sebanyak 15,000 unit coincards. Nordic coincards ini dijual di BNM dengan harga RM10 aje sekeping. Setakat ini Bank Negara telah keluarkan pelbagai siri Coincards dan harganya telah melambung-lambung di pasaran sejak akhir-akhir ini. Pengumpul numisatic tegar, encik Lunatigc telah menyenaraikan coincards keluaran BNM di blognya di sini.

Saya mula rasa tertarik dengan coincards ini setelah bosan dengan hobi lama iaitu emas dan perak. Harga nya turun naik dengan drastik sekali dan penuh suspen (rasa macam naik roller koster pule) menyebabkan saya tak berani nak membuat pembelian banyak-banyak sebagai mana dahulu. Saya mula memikirkan method investment dan hobi yang lain pula iaitu coincards! Jauh lebih murah, lebih puas dibelek sebab setiap satu datang dengan cerita masing-masing dan yang paling penting harganya maintain meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, coincards Pandu Puteri dijual dengan harga RM10 aje di BNM, esok nya di Facebook, mereka sudah mula menjual dengan harga RM15/pc. Harga sekarang sudah berlipat kali ganda menjadi RM22 pada hari ini. Saya menjangkakan harga nya akan meningkat ke RM35/pc dalam masa beberapa minggu dan kekal di paras itu untuk beberapa bulan. Saya tak berkesempatan beratur panjang di BNM dan terpaksa membeli 2kpg dengan orang lain dengan harga RM15/pc. Lagi 5 keping saya beli dengan harga RM20/pc. Cukup la 7 keping untuk simpanan masa depan. Gambar tak de sebab coincards saya tu tertinggal dalam laci ofis.

Coincards jatuh dalam kategori numismatik dan tidak terpengaruh dengan harga metal semasa dunia. Jadi selamatla jika nak beli untuk tujuan investment. Cuma perlu berhati-hati agar tidak terbeli yang terlalu mahal, dikhuatiri harga nya akan stagnant pada paras itu sahaja. Jika jumpa yang murah, jangan teragak-agak, terus beli aje. Ada antara coincards harga nya sudah naik mendadak seperti coincards Hoki, paling murah bole dapat RM80, dan juga Bandaraya Shah Alam yang mana rakan saya cakap dan mencecah RM100++. Sebab apesal harga nya naik sangat, taiko numis, En Danny ada cerita kat sini

Ok sekarang masuk bab kedua, Uncut Banknotes.
Apa itu uncut banknotes? Uncut banknotes ini adalah himpunan banknotes dalam 3, 8 atau 32 keping yang tidak dipotong dan diletakkan dalam folder yang cantik cantik. Ia adalah keluaran khas bank pusat sempena dengan sesuatu peristiwa dan semestinya dalam cetakan yang terhad. Contohnya BNM ada keluarkan uncut bagi notes RM1, RM2, RM10, dan RM5. Sekarang dalam koleksi saya hanya ada sedikit sahaja. Dalam 2-3 set sahaja. Harga pon telah melambung terutamanya RM1 uncut, 3 in 1, sudah mencecah RM350 minimum untuk satu set sekali folder.  RM5 dan RM10 uncut harganya masih muna-Sabah, jika bijak mencari boleh dapat bawah RM200 satu set. Nanti bila berkesempatan saya upload gambar.

Ok, sekian bebelan untuk hari ini.

4 comments:

remgold said...

adik,
coin cards ni katanya sedang 'digoreng' oleh para collector. sama macam 'syndicate' main saham di bursa kadang2.
iaitu speculative activities.
syiok to go for the ride, asal kita tak kena kat atas tu, jadi the last holder of the coin card/saham.

unkerr pernah main game ni, dlm banknote dan china stamps, mahupun saham dulu. kadang menang, kerap kalah.
as long as enjoy dan keadaan wang stabil, ok lah.
better than golsil ni.

gitu-gitu aje said...

Unkerr,
Yup, couldnt agree more.
Sementara harga pandu puteri ni masih murah, baik saya sapu dulu. Hehe.
Yang lain-lain tu seperti Hoki, Uitm, Putrajaya semua nya macam dah overprice. Dah naik sampai 1000% pon ada. Saya tak mo beli melainkan depa offer saya bawah rega RM50.
Unkerr tak mo offer saya coincards unkerr murah2 ke? saya sudi membeli 4kpg dengan harga RN100.. hehe

gitu-gitu aje said...
This comment has been removed by the author.
remgold said...

atok tak ada coin card, cu. not even one.
yg ada coin msia hanya beberapa silver lama yg disimpan, some first issue old RM1 coins.