OK sekarang adalah bahagian kedua siri rumah lelong ne.
Memandangkan saya pakai ejen untuk uruskan segala mala hal end-to-end berkaitan dengan pembelian rumah ni, maka ejen ini dengan efisien nya telah pon menghantar permohonan loan bank saya ke 4 buah bank dan juga lawyer. Maka saya sedang menanti dengan penuh harapan untuk loan saya diluluskan dalam minggu hadapan. Lawyer juga telahpon menghubungi saya dan memberitahu file akan dibuka apabila loan diluluskan.
Tempoh loan application dan SnP perlulah disetelkan dalam masa 120hari kerana ini adalah freehold property. Sekiranya leasehold property, saya perlu setelkan dalam masa 90 hari sahaja. Sekiranya terlebih masa, maka saya akan perlu membayar penalti kepada bank yang melelong. Saya berharap laywer saya membuat kerja secemerlang mungkin. Sudah banyak kes kes yang saya dengar pending di peringkat lawyer last last pembida itu sendiri yang terpaksa membayar denda yang bukan bukan.
Berbalik kepada kos, setakat ini saya telah membayar tambahan RM100 untuk duit setem hasil perjanjian memenangi bidaan. Setem secopot tu pon nak caj seratus kan. Tapi tak pe lah, saya redha aje la.
Tak banyak perkembangan buat masa ini. Nantikan update saya dilain masa dan ketika.
Sekian.
4 comments:
Congratulations.
time kaseh sis :)
dah setel nanti adakan open haus lah. jemput 1,000 orang. yg datang semua dapat seketul coin emas msia.
bereh unker, mohon sponsor open house saya tu nanti yek.
Post a Comment