Sunday, May 20, 2012

Rumah Lelong Part #1

Saya baru aje menang bid rumah lelong. Kepada rakanku bernama M, saya whatsApp beliau:
"Weh aku menang pertaruhan terbesar dalam hidup aku"
"Pertaruhan apa? Tak abis abis bertaruh" jawab M, memahami saya ne suka bid macam-macam, dari silber sampai la baru-baru ne duit kertas RM2 UNC ada tandatangan AAH. Simpan 15tahun bole la jual harga RM20 sekeping
"Ne rumah la, aku menang RM100K" Biasanya pertaruhan saya setakat 2-300 hengget aje, kali ne banyak lak kosong kat belakang.

Ok. Dah menang rumah pertama ne, bermakna bajet bulanan untuk silber dan emas terpaksa dikurangkan.

Rumah ne terletak kat bandar K, harga rizab RM8x,x00. Sebelom bid tu saya dah survey rumah tu, tadi luaran nampak elok, siap berlangsir kaler biru, dan ada piring astro lagi. Maka saya pon teruja, ok lah masuk bid ne. Saya cakap kat agent tu, last nye harga 100K aje, pastu saya tak mo bid dah. Jam 15.30pm dia call saya, saya ingat kan dia nak bitau yang saya kalah, tetiba dia cakap saya menang dengan harga 100K. Harga max saya. Alhamdulillah syukur. Rumah ne akan menjadi rumah pertama saya.

So bila da ada rumah, bermakna banyak yang saya akan kena bayar. Saya sudah pon mengeluarkan cash RM10,000 untuk bayaran10% kepada bank, maka baki RM90,000 kena buat pinjaman bank. Perkara mencari pinjaman bank dan loyar saya serahkan kepada agent saya untuk mendapatkan yang terbaik. Ye lah saya dah bayar RM2000 kat dia kan, mesti la kena servis baik punya. Namun begitu, saya diberitahu oleh teman-teman supaya jangan terlalu bergantung pada agent sangat, kena usaha jugak mencari sendiri pakej loan dan loyar terbaik. Saya memang menggunakan agent supaya masa saya dapat dijimatkan dan tambahan pula saya baru bertukar kerja, nak amik cuti secara kerap untuk uruskan hal hal rumah ini amatlah tidak digalakkan dan akan mengganggu prestasi kerja saya kelak.

Maka, esok saya akan berjumpa dengan agent saya itu untuk mendapatkan kontrak belian. Kontrak belian ini akan membantu saya mendapatkan loan di bank dan seterusnya assign laywer yang baik. Menurut pembacaan, kontrak belian ini menggantikan SnP yang biasa digunakan dalam pembelian rumah biasa-biasa.

Sekiranya ada pembaca-pembaca (che wah, macam la banyak sangat follower / pembaca kan), ada mengenal mana-mana lawyer yang baikhati, bekerja lillahi taala dan tak suka kencing golongan tak tau undang-undang sangat macam saya ne, harap la bagitau saya melalui komen di post ini.

Maka so far, cost saya:

Bayaran agent: RM2000
10% deposit: RM10000

Anggaran kos lain-lain:
Kos guaman : RM4000
Kos lain-lain: RM1000

Maka untuk kos-kos mendatang, aku kena sediakan RM5000 paling kurang. Sila expect lebeh dari ini.

Akan update lagi di lain hari untuk kos kos actual yang mendatang.



2 comments:

remgold said...

congrats bro!
the best investment (and the most pleasurable one, most of the time) is the roof over our head.
alhamdullilah.

now calculate how much u have to pay a month, here. roughly:

http://www.auctions.com.my/calculator.asp

gitu-gitu aje said...

Thanks alot unkerr, syukur Alhamdulillah..

This will be my biggest investment ever. Harap2 dipermudahkan Allah swt.