Thursday, March 1, 2012

hari ini hari kamis

hari ini hari kamis, pagi-pagi jam loceng bunyi kol 6.15am.. dalam hati.. tak pe la, 6.30am masih bole subuh lagi.. sedar-sedar, alamak dah 6.54am, dalam kepala, erl jam 7.35am mesti terlepas punye, dari rumah saya nak ke ERL stesen hanyalah 5km, tp perjalanan amik masa 20min kerana jem dan lampu insyarat yang ada dalam 7-8 biji kot. Terpaksa la lewat sikit sampai ofis ari ni kerana terpaksa amik tren jam 8.03am..
Sementara tunggu jam 7.40am, lepak jap sambil bukak facebook, terkejut sakan tengok graf emas kat kitco terjunam dengan banyaknya. Ramai geng-geng emas / silber komen.. masa untuk beli.. masa untuk beli.. jangan jual.. jangan jual... Dalam hati da tak tenang, terus rasa nak gi beli kijang 3-4 biji.... ape kes ni tetiba graf terjatuh ni.. dalam 2-3 minggu lepas saya da beli kijang 1/2oz dan 1oz dengan rega masa spot price atas USD1700/oz, tensen tensen..
Sampai opis lambat ari ni, jam 8.50am baru sampai, lagu kebangsaan syarikat dah abis main.. buat muka selamba duduk depan pc, terus login.. klik icon IE google kijang emas maybank.. tupp kuar, 1410 jah hari ni.. cis. ari tu saya beli 1438.. tak pe.. ni peluang nak beli murah-murah ni..
Time lunch.. begegas gi bank.. dapat sambar sekor. alhamdulillah..
semoga keadaan ni temporary aje.. Tak sedap perut jugak tengok graf terjunam tetiba neh.

4 comments:

remgold said...

bro,
agak boleh belikan pakcik kijang 1/4oz? brapa agaknya harga? +/-

tapi kena pakai wang anda dulu. nanti pakcik ke utara boleh bayar, jika sanggup.

gitu-gitu aje said...

pokcik.. boleh aje.. pokcik nengok rega kat websit BNM/Maybank.. dia update daily:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

Alamak, kalo dulu duit saya tu sukar sikit.. pasal saya ni keje makan gaji, fulus selalu limited edition.. tambah2 da beli sekor lagi hewan ne semalam.. rasa ketat la jugak.
kalo pokcik nak, sementara murah ni, pokcik bank in dulu saya tolong simpan kan, nanti naik atas kita bole minum teh tarik sama-sama sambil cerita pasal anak-anak kijang ni.

remgold said...

bro,
nanti unkerr gi kl (shd be april), kita tehtarik unkerr bagi wang.
dan kita nengok jika harga cantik, anda boleh tolong belikan lah jika tak menyusahkan.
kita jumpa kat mana yg ada lrt station.

gitu-gitu aje said...

pokcik.. berehh..
nanti mai Kolumpo kabo la yek