Sunday, October 2, 2011

Ok, saya sudah pilih

Dalam sebulan dua ni, fikiran agak serabut kerana terganggu oleh pilihan-pilihan yang mendatangi. Inilah manusia, bila tak de pilihan, berdoalah dia kepada Allah mintak diberi pilihan dan peluang. Bila pilihan datang, kena buat keputusan, maka serabutlah dia, mengeluh kenapa dia perlu membuat pilhan sebegini dan berdoa dipermudahkan hati nya membuat pilihan yang tepat. Manusia sememangnya sentiasa tidak pernah puas hati dengan kemudahan dan rezeki yang Allah bagi, seharusnya bersyukur sahaja dengan pilihan yang diberikan.
Maka aku pilih untuk kekal di tempat yang sama di syarikat H, dan menolak tawaran syarikat A yang sepatutnya aku sertai bulan Nov. Sebagai ganjaran kerana aku memilih untuk kekal di H,  boss aku menjanjikan kenaikan gaji bermula Oct, good performance rating hujung tahun ini - bermakna kenaikan gaji lagi awal tahun depan + good bonus maybe, dan jugak promotion tahun hadapan.
Merasakan sangat bersalah kerana melanggar kontrak antara aku dan A, memberi pengajaran pada aku bahawa sebaiknya berfikir dahulu sebelum bertindak. Aku mungkin telah pon menyusahkan seluruh Jabatan Sumber Manusia Syarikat A, dan menyebabkan mereka terpaksa mencari calon lain lagi untuk mengisi kekosongan jawatan itu. Tetapi, apa-apa pun, aku perlu berfikir tentang diri aku juga.
Apa-apa pun, life goes on.

2 comments:

Timur Tengah said...

Salam,

Nak minta izin halal kan dunia akhirat. I baca you punya tulisan, terasa tertarik pula untuk jadi sebahagian dari doa. Since ilham tu datang dari ALLAH S.W.T disalurkan kan ke pemikiran you, jadi kena minta izin dari you.

I copy and paste your previous postings:

Ya Allah, sekali lagi aku memohon belas ihsan mu, bantu lah aku, jadikan lah kerosakan yang telah ku lakukan minggu lepas menjadi sediakala Ya Allah. Permudahkan lah urusan aku, jauhkan lah aku dari kesusahan dan malapetaka Ya Allah.
Ya Allah, minggu ini sesungguhnya minggu yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran darimu untukku. Aku merasai kasih sayangmu, aku merasai betapa Mu hadir di saat aku kesempitan. Tiada makhluk yang boleh membantu ku sebegitu rupa melainkan Mu,Tuhanku yang kusembah.
Ya Allah, aku tiada tempat lain yang boleh aku bergantung harap melainkan mu, dengan ini, aku merintih sekali lagi Ya Allah, bagilah aku peluang kedua untuk membuktikan bahawa aku boleh dan berguna kepada....

2nd :

Benar la firman Allah, manusia dijadikan berbeza-beza supaya dapat mengenali antara satu sama lain, dan belajar antara satu sama lain. Ya Allah, tabahkan hati aku dengan manusia disekelilingku..

OK saya minta diri, saya minta izin seperti diatas.

Salam - Doha, State of Qatar

gitu-gitu aje said...

Timur Tengah: sila sila, itu semua hak Allah swt, saya sekadar menyampaikan apa yang diilhamkan oleh Nya sahaja.