Monday, February 22, 2010

Me and MLM - Chapter 2

Seterusnya, setelah peristiwa akak tersebut dan beberapa ketika selepas itu, sahabat baik saya, M dan juga beberapa orang di sekeliling saya terjebak dengan satu kampeni, saya dah lupa apa namanya, tetapi produk yang dijual adalah produk semburan bawah lidah.. rasanya sejenis enzim yang mampu generate good metabolism dan apa ntah lagi. ramai jugak la yang join, dan kawan saya bernama M tu pun siap cerita dengan penuh bersemangat ada abang yang kaya raya mampu earn sekian sekian amaun dr kampeni semburan ni. Starting dia RM200. Taklah mahal sangat tp memandangkan saya ni student masa tu, kiranya rasa mahal lah jugak. Saya hampir terjerumus dalam business ni, tp alhamdulillah,Tuhan tidak mengizinkan.

Tahun terakhir saya di universiti berkenaan, abang saya menyertai sebuah kampeni bernama L.. masa ni kampeni L sungguh naik.. mencanak-canak naik, kat hostel pun ada sorang mamat tu siap upah orang lain tolong buat assignment dia sebab dia sibuk sangat business MLM ni... siap mampu pakai WAJA lagi.. abang saya ni lak, hari-hari sms saya suruh saya join kampeni L ni.. dah la final year kan, sibuk buat tesis lagi. Memang xde hati langsung nak buat MLM ni. Pastu saya pun merijek abang saya nye business proposal.. sian dia, tp apa nak buat, saya bukannya ada duit. Kemudian saya dapat tau xde orang sign up pon bawah dia, siannye.. ye lah upline dia x nak tolong..  berapa lama pastu dia mak saya cakap dah berhenti buat kampeni MLM tersebut. Bayangkan kerugian yang di alami, semata-mata kerana terpengaruh ngan upline L, dia beli ubat / suplement berharga RM2K.. pastu dia pun bagi kat mak ayah.. hahaha..apo boleh buat.. biasalah org MLM pandai memujuk.. support tak mau... biasa la tuh.

Bila dah tahun akhir di universiti, saya mula memikirkan cara-cara untuk membina kekayaan selepas tamat belajar, dan saya mula membaca buku berunsurkan kewangan. Buku yang mempengaruhi saya ialah buku Azizi Ali, dan buku bertajuk Kebebasan Kewangan. Saya mula memikirkan untuk melaburkan duit yang saya ada dalam amanah saham yang terplih. Saya juga ada menghubungi en M,seorang perunding saham amanah yang sangat berjaya, yang mana ketika beliau datang ke uni saya, beliau memandu mercedes benz.. kagum jugak la.. nyaris saya melaburkan wang disitu, dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk melaburkan wang di ASB sahaja... tetapi sekali sekala saya masih menghubungi en M, untuk mendapatkan nasihat kewangan dr beliau.

Setelah beberapa bulan berlalu, saya beberapa kali melompat kerja, dan saya end up di sebuah kampeni GLC, saya ditempatkan di Putrajaya. Sebelum mendapat rumah, saya menumpang di rumah seorang sahabat baik saya bernama H, kami sangat rapat di Uni. Saya tinggal di rumah H selama 2 minggu. Dan saya mendapati pergerakan beliau kadang-kadang mencurigakan. H kadang-kadang berbuka puasa dengan seorang Punjabi bernama D dan mereka kelihatan sangat rapat. Suatu masa H memberitahu dia ingin ke menyertai Camp bersama-sama kakaknya dan D. Saya seorang yang gemarkan aktiviti lasak, dan bertanyakan apekah Camp tersebut, dia cakap harga nya RM400 kalo saya berminat boleh la bayar dan menyertai dia.. saya end up tak join dia pastu.

Episod saya dan MLM bermuala tidak berapa lama kemudian.. Beberapa minggu selepas itu, tetiba saya dan seorang lagi kawan rapat saya bernama A (kami rapat berempat - A, saya, H dan M),menerima email dr M. Saya tinggal di Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 40 km dr KL. H ingin jumpa saya kerana katanya ada sesuatu yang penting dia nak bitau. Saya masih simpan email tersebut dan mungkin saya akan paste email tu disini bila ada kelapangan. Sungguh curious ingin mengetahui apekah yang kawan saya ingin beritahu. Dan saya menyuruh A jumpa M dahulu nnt saya bersama-sama L (colleague saya , merangkap kawan saya masa uni tp tak lah rapat sangat, sekarang sangat rapat lah jugak). Saya email dia balik dan berjanji akan jumpa dia di lain hari di KL Sentral bersama L.

bersambung....

Sunday, February 21, 2010

Me and MLM - Chapter 1

Setelah sekian lama tidak menulis, hari ni saya rasa nak menulis, menulis pasal apa? Pasal satu business yang begitu lama membelenggu masyarakat Malaysia, dan bangsa saya terutamanya, bangsa Melayu. Kerana ingin nak hidup senang, duit banyak dengan cara yang mudah, maka ramai di kalangan rakan-rakan saya yang tumpas di tangan MLMer, atau di syarikat MLM, termasuklah saya salah seorangnya. Ada antara mereka yang membuat banyakk wang.. ada yang buat sedikit wang (macam saya), dan banyak yang tidak buat duit langsung.

Kenapa tiba-tiba saya bukak topik MLM. Niat saya bukan lah untuk menjatuhkan mana2 pihak, juga bukan untuk mengutuk sesiapa, tetapi sekadar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.Saya berkecimpung dalam MLM ni tidak lama, sekadar 3 tahun bersama dengan sebuah syarikat (setia sungguh :)), dan saya memahami selok belok, bagaimana syarikat MLM dan orang-orang nya beroperasi, mendapatkan sumber kewangan dan menjalankan aktiviti mereka. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi dari downlines meraka (absolute faith???) dan bagaimana mereka membina kekayaan dengan menggerakkan orang bawahan mereka bekerja untuk mereka. Downlines tersebut bekerja bukannya dipaksa, malahan sukarela, dan tidak jemu-jemu membantu membina empayar untuk upline mereka (saya juga pernah menjadi salah seorang dari golongan ini).

Saya akan mulakan dengan bagaimana saya terlibat dengan dunia MLM ini. MLM, direct selling , network marketing, skim piramid dan sebagainya adalah sesusatu yang tidak asing kepada saya.  Keluarga saya datang dari golongan yang sangat sederhana, bapa saya merupakan kakitangan kerajaan berkelulusan SPM, manakala ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. Adik beradik saya juga ramai bilangannya. Jesteru kehidupan kami tidak lah mewah, dan tidak lah sangat susah, sekadar boleh lah. Semasa saya masih di sekolah rendah, ramai saudara mara saya datang dan approach ibu bapa saya untuk menyertai mereka membuat duit, saya masih ingat arwah Pakcik saya datang ke rumah dan memujuk ibu saya membeli sebotol ubat untuk menjadi ahli kepada organisasi bernama FLP. Ibu saya menyuruh bapa saya membeli dan bapa saya sungguh bengang sekali kerana terpaksa membeli ubat tersebut demi menjaga hubungan dengan pakcik tersebut. Setelah beberapa minggu mengambil supplement tersebut, bapa saya memulangkan kembali kerana tidak ada kesan ke atas penyakit yang di hadapinya (pakcik saya menjanjikan pulangan wang sekiranya tidak berpuas hati) dan upline kepada pakcik saya , yang juga merupakan jiran saya marahkan ayah saya kerana perkara tersebut.

Untuk menambahkan pendapatan, ibu saya juga pernah menjadi ejen kepada sebuah syarikat A, syarikat yang membekalkan alat solek, penjagaan wanita dan macam2 lagi. Ibu saya sungguh gigih, ke rumah2 jiran, ke rumah saudara mara berkempen, pendek kata,mana-mana ibu saya pergim di usungnya katalog A tersebut. Namun sungguh menyedihkan apabila upah yang diterima hanyalah 80 sen sahaja! Sungguh kasihan, upah yang diterima begitu kecil kerana ibu saya sebenarnya ditipu, beliau langsung tidak didaftarkan oleh upline nya, dan upline nya mengambil semua keuntungan dari ibu saya. Ibu saya terus berhenti dr menjadi ejen upline tersebut.Perkara ini saya tidak salahkan syarikat A,tetapi saya salahkan upline ibu saya yang sanggup menipu untuk mendapatkan wang. A merupakan syarikat yang baik, mempunyai produk yang baik, saya masih menggunakan sesetengah produk A sehingga sekarang. Ibu saya sekarang merupakan ahli berdaftar dengan A dan kami hanya menggunakan barangan A untuk keperluan peribadi, bukannya untuk mendapatkan keahlian.

Kerana result UPSR yang baik, saya masuk ke sekolah berasrama penuh dan meninggalkan alam MLM buat sementara waktu. Sesudahnya, saya masuk ke sebuah universiti tempatan, di sini saya kembali berkenal mesra dengan MLM dan seangkatan dengannya. Pertemuan pertama adalah dengan sebuah syarikat bernama OT, yang mana menurut ejen mereka merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di Australia. Orang yang approach saya merupakan akak Akedemi Pengajian Islam,saya namakannya akak API, yang memakai jubah sepanjang masa dan menutup separuh muka nya. Saya sukakan akak tersebut kerana karakter nya yang sangat baik dan mesra. Suatu hari, beliau mengajak saya ke surau untuk mendengar sesuatu, dan saya pun teruja untuk join sekali. Di sana, saya di perkenalkan dengan seorang akak dan ada 2-3 orang di sekeliling akak tersebut. Akak API ini turut serta perjumpaan kami. Akak yang diperkenalkan kepada saya itu merupakan upline kepada akak API ini. Di perjumpaan ini, kami diterangkan berkenaan sistem syarikat ini, dan bagaimana kami beroleh pendapatan, yang mana kami dikehendaki menjual keahlian kepada kawan-kawan atau sahabat handai, dan pada masa yang sama kena maintain pembelian sebanyak berapa point ntah sebulan. Memikirkan saya masih student dan tiada masa untuk berkecimpung dalam hal-hal business ni, saya memohon maaf kepada akak API ini dan tidak menyertai business beliau. Akak ini namun begitu masih menjaga hubungan nya dengan saya dan kami masih berkawan baik selepas peristiwa tersebut. Beliau ada approach saya, namun tidak la agresif mana, dan saya sekadar menolaknya dengan cara yang baik. Saya tidak pasti beliau masih aktif dengan OT atau tidak. Dengar ceritanya OT mcam dah tutup aje, tak pun rebranding menjadi syarikat lain.

Bersambung ....