OK aku baru aje tukar 4 biji tayar viva kesayangan aku. Punyalah lama buat research akhirnya jumpa sebijik kedai berdekatan area rumah aku yang harga patut.
Kedai kedai lain boleh tahan mahal harga nya. Untuk tayar Viva size R14 165/55,Brand vietnam mcm Zeta dan sebagainya boleh cecah RM140 sebijik. Aku rasa agak mahal. Kalo dapat RM110 sebijik ok dah.
So lepas beberapa ketika aku pegi la melawat kedai tayar ini. Namanya Sri Yoga Auto Service, kat Semenyih. Lokasi nya, kalo korang dari Bangi atau Putrajaya, lalu la SILK highway tu sampai la lepas tol Bukit Kajang. Lepas tol tu, lalu jalan semenyih yang sempit tu, kedai dia belah kanan. Ada logo Continental.
Untuk size R14 165/55, untuk hari ini, aku dapat rega cam ni:
Silverstone : RM120 sebijik
Dunlop J5 : RM130 sebijik
Falken : RM110 sebijik (xde stok, stok sampai Jan 2018 katanya)
Cap Vietnam lupa nama : RM110 sebijik.
Mula mula ingat nak amik Vietnam, tp brand x penah dengar. Kalo mcm Zeta ke Viking ke ok la jugak. Silverstone lak aku ada masalah krisis kepercayaaan kat brand ni. Berapa kali pakai asyik cepat bengkak je. Last last amik la Dunlop J5 tu.
Bila check tayar nya masih baru lagi, dapat 3317 dan 3917. Tp jenis tayar Dunlop J5 ni, WWYY dia belah dalam. So susah nak tengok melainkan ko bukak tayar tu then pasang balik. Aku tulis kat sini supaya aku ingat dikemudian hari.
So total hangus RM520. Free alignment dan balancing kalo tukar 4-4- bijik sekali. Tayar lama aku dia x amik sbb da merekah sana sini haha.
Kedai ni tadi Offline mesin credit card dia. so kena la aku pegi ke nearby Petronas nak amik duit.
Tuesday, December 26, 2017
Saturday, March 25, 2017
PTD PAC result
Alhamdulillah, aku berjaya.
Pada masa yang sama, aku dapat offer keje kat tempat lain jugak.
Esok pula aku ada another assessment iaitu PAC untuk SKMM pula.
Aku keliru dengan option yang ada, aku berharap yang terbaik.
Betapa nya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?"
Ya Allah, jangan la kau jadikan aku hambamu yang tidak bersyukur.
Dalam kita susah susah, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sunday, January 15, 2017
Berat nya ujian minggu ni
Ya Allah bantu lah aku menghadapi minggu ini dengan lancar.
Mohon doa rakan rakan pembaca blog ku jua.
Kuasa Allah aje yang mampu merubah segalanya.

Sunday, January 8, 2017
2017 PTD PAC (Programme Assessment Centre)
Dah bersawang dah blog aku ni. kah kah kah.
Alhamdulillah akak baru je abis PAC untuk Kadet PTD bagi Sessi pertama tahun 2017 ni. Bangga uols jadi first batch ni. So kalo ada antara korang yang baca ni batch batch berikutnya sila lah baca sampai abis. Lepas abis baca sila doakan semoga akak berjaya dalam PAC ni dan seterusnya boleh mara ke next stage iaitu interview one-by-one session.
Format PAC kali ni agak berlainan dari kebiasaan. Biasa korang baca siap kena overnight bagai kat INTAN, tetapi kali ni tak perlu overnight. Namun agak pack dan penat juga mencabar mental serta fizikal jugak lah terutama bagi akak yang da berumur ni.
Hari pertama, Sabtu 7 Jan 2017, INTAN Bukit Kiara
Pastikan korang sampai awal iaitu sesudah Subuh sepi-ie. Nak jadi PTD kena lah punctual, lambat lenggang kangkung semua bukan lah ciri ciri PTD yang diingini.
Pakaian hari pertama ialah t-shirt kaler gelap dan track suit dan kasut sukan. Jangan pakai pakaian opis atau selipar jepun lak.
PENTING: Sila bersarapan sebelum datang. Jangan harap ada breakfast disediakan untuk anda ya.
Mula-mula akan ada sesi pendaftaran. Korang akan diberikan nombor badan dalam bentuk kad yang dilaminasi saiz besar gedabak. Nombor badan akak ialah xxx . Mana boleh cakap rahsia kah kah. Pastikan korang gantung kad besar gedabak ni dileher masing masing sepanjang program. Anda akan dipanggil dengan nombor ini, maka sila lah lupakan nama cun anda seperti Elly, Surita dan sebagainya di sini kerana ianya tidak berguna buat seketika.
Sesudah dapat nombor badan, akan ada taklimat, bagi borang sikit sikit kena isi bla bla bla dan seterusnya bermula la acara UKJK atau Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Secara ringkas nya, ujian ini terdiri daripada:
1) Ukur berat dan tinggi untuk mendapatkan BMI. So kalo korang rasa perut dah berlipat tu elok elok la jaga makan dan mula bersenam dari sekarang
2) Ambil tekanan darah. Masa ni tak yah nak nervous sangat. Amik blood pressure reading je pun.
3) Hand grip test pakai alat bernama dynamometer. Masa ni korang grip je kuat kuat sampai ketap ketap bibir. Bacaan akak ialah 32.8. Not bad bagi orang yang berumur macam akak ni kah kah.
4) Ujian Sit and Reach. Akak lupa da bahasa Melayu nya apa. Korang kena lunjur, then tolak alat tu sampai hujung. Ujian ini nak menguji kelenturan badan korang. Akak da tua so bacaan akak 26cm ja. Ada member tu tolak sampai hujung terer betul. Pastikan korang exercise kat rumah try to reach korang punya toe sambil sambil lunjur tu ye.
5) Ujian Curl Up. Akak lupa bahasa Melayu nya apa. Akak dah tua bacaan akak 18 je.
6) Bleep Test. Yang ni agak intense. Korang leh google macamana cara ianya dijalankan. Majoriti pompuan boleh reach level 2 dan 3. Akak tak sangka akak boleh reach Level 4, lagi 5 round nak capai level 5. Alhamdulillah. Tips: Level 1 jangan lari kuat kuat sangat, level 2 lari kuat sket, level 3 lari kuat-kuat, level 4 lari umpama pecut 100m. Insya Allah success seadanya.
Pastu makan tengahari disediakan, lauk pauk pun mewah alhamdulillah.
Jam 1.40pm dapat result. Alhamdulillah akak Pass then naik bus pi Hall apa tah.
Kat sana ada ujian bertulis Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.
Habis Tulis Esei, Kami dibawa kembali ke dewan yang tempat kami lari lari bagai tadi. Adalak aktiviti berkumpulan. Disini kami dibahagikan ikut group.
Nak kena cerita ke aktiviti apa kitorg buat? Tak mencabar lah korang nanti. Biarlah rahsia kah kah kah. Hint: kena bina sesuatu dari sesuatu yang korang tak jangka. Kreativiti, leadership dan teamwork amatlah penting di sini.
Habis aktiviti berkumpulan, setiap seorang akan dapat tajuk public speaking dan pengucapan awam untuk esok hari nya. Maka korang akan ada semalaman untuk prep isi isi yang korang nak bebelkan.
Hari kedua, Ahad 8 Jan 2017, INTAN Kiara
Pastikan korang makan secukupnya kerana it will be a long and tiring day, padahal separuh hari je hari kedua.
Pakai pakaian umpama anda nak ke interview tau, kasut kasi kilat, kemeja kasi gosok, kalo ada suit lagi elok.Tak pe kasi nampak poyo sket.
Korang akan di bawa ke bilik perbincangan masing masing. Sila bergerak dalam kumpulan.
Mula mula kami ditempatkan di Bilik A untuk pengucapan awam. Setiap seorang diberi tajuk berbeza dan di beri masa 5 minit seorang untuk berhujah. Ada seorang team mate akan jaga masa anda. 4 minit pertama, loceng akan dibunyikan sekali, minit ke 5 akan dibunyikan 2 kali dan sila lah berhenti kerana point tidak akan diberikan selepas masa 5 minit tamat.
Habis pengucapan awam bahasa Melayu, kami di bawa ke bilik B untuk pengucapan awam bahasa Inggeris. Format yang sama diguna pakai.
Setelah itu, kami dibawa ke Bilik C untuk sesi perbincangan dalam Bahasa Melayu. Satu tajuk akan diberikan untuk anda berbincang, kupas dan berhujah selama satu jam. TIPS: Pastikan tiada yang dominan dalam perbincangan, jangan lah anda over bangkang rakan sepasukan anda. Sila bersama sama membantu rakan masing masing.
Terakhir, kami di bawa ke Bilik D untuk sesi berbincang dalam bahasa Inggeris pula. Format yang sama diguna pakai. Sila berbincang secara matang dan jangan terbawa bawa dengan emosi anda. Jangan main handphone semasa berbincang pula.
Lepas pada tu anda boleh lah bersurai.
PAC belum habis lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Ada soklan psikometik yang korang kena jawab online. Korang kena abis kan 300++ soalan tersebut. Pautan akan dibuka selama 24 jam bermula dari jam 2 petang sesudah sesi ada sehinggalah 2 petang esok nya.
Akak baru je siap jawab soklan saiko tu. Alhamdulullah selesai sudah.
Ok rakan rakan. Good luck semua!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)