Saturday, January 26, 2013

Hong Kong International Airport

Assalam semua,

Aku baru aje balik dari trip ke Hong Kong / Macau. Dalam banyak2 trip, bole dikatakan trip ni antara yang terbest, dan of course best berbanding trip kami ke Vietnam dulu.

Sekarang aku nak citer pasal Hong Kong International Airport. HKIA ne bole dikatakan antara yang terbesar di dunia. Kemudahan yang disediakan lak memang sangat bagus. Aku nak cerita pengalaman aku sepanjang berada di airport ni selama 3-4 jam.

Flight balik kami jam 2050, naik AK1655 (kot).Sebelom tu kami da check out hotel pagi-pagi, then naik bus stret ke Airport. Kat Airport kami tinggal luggage kat Terminal 2.Kat situ ada kemudahan menyimpan luggage. Charge yang dikenakan HKD10 / hour per bag. Aku ada 2 bag nak tinggal, maka charge nye kali la 2. Pas tinggal barang tu kami ke Ngong Ping, naik keter kabel. Nak gi sana from airport just amik bus S1 dengan bayaran HKD3.50 one way.

Kat Ngong Ping ne ada patung Budha Duduk.Tapi kami pi bukan la nak nengok sangat patung Budha Duduk ni, just nak rasa naik keter kabel dia aje. Kat situ ada restaurant vege Po Lin.Kitrg makan lunch kat situ, x sedap mana pon, da nama vege kan, sayur-sayuran aje la melambak. Tapi ok la dari tak makan langsung kan.

Dalam kol deblas, kami turun dari Ngong Ping, menghala ke Citygate Outlets pula. Citygate ni jalan kaki 2-3minit aje from Ngong Ping keter kabel. Memang shopping mall ne dekat giler ngan epot. Dinasihkatkan sesiapa yang tak de keje dari melangut kat epot tunggu transit flight ke hapa, sila la ke Citygate Outlets ni. Naik aje bus S1 tu, terus sampai ke sini. Barang brandednya memang sangat berpatutan reganya.Aku sempat beli selai suar keje Esprit.

Pas tu dalam kol 5, kami balik ke epot balik. Aku kena sembahyang jamak Zuhur dan Asar. HKIA ni ada prayer room. Lokasinya ialah di Terminal 2, bersebelahan dengan Seven Eleven.Dekat aje ngan chech in aisle dan customer service counter.

Lokasi prayer room di T2 HKIA
Bahagian dalam
Bahagian dalam prayer room dilengkapi dengan kemudahan amik air sembahyang. Malahan arah kiblat pun ditandai. Bersyukurnya aku dengan kemudahan sebegini. Tak sangka HK sebagai kawasan majoriti bukan Islam amik berat hal hal cam ni.

Prayer room ini untuk multi religous usage.Bukan untuk org Islam aje.Tapi time aku masuk aku sorang-sorang aje kan.


Lepas solat, kami check in barang-barang.Perut pon da lapar, pastu kami proceed cari makanan. Kat sini ada couple of restaurants yang Halal Certified seperti Popeyes Lousiana di T1 dan Cha Time juga di T1. Kawan aku cakap kat sini ada Ebenezeer's Kebab and Pizzeria, tapi aku tak nampak pon restaurant ne, so kami makan kat Popeyes aje.

Lepas makan, kami bergerak ke Gate 49, masa tu da masuk waktu Isya dah.Sungguh tak sangkat kat Gate 49 pon ada prayer room.Alhamdulillah.

Pendek kata, airport HK ni sangat la Muslim friendly. I like!

Wednesday, January 9, 2013

Perkembangan rumah

Assalamualaikum wbt,

Da lama tak update kan, nampak sangat pemalas nye. Bukannya apa, saban hari dok sibuk ngan hal hal duniawi.

Aku selamat pindah masuk rumah ni. Alhamdulillah da lebe sebulan dok sini. Jiran-jiran pon ok,tak de masalah.

Terbaru semalam rumah aku nyaris dipecah masuk, menggigil aku tengok mangga dah rosak tergantung kat meter air. Nauzubillah, aku doa sangat menda ni tak berulang lagi. Alhamdulillah rumah aku dia tak sempat nak kopek masuk. Kat knob aku ada kesan kena ketuk, dan dah macam loose sikit. Agaknya dia ketuk-ketuk tak berjaya kot.

Mungkin dia dengar orang lalu lalang pastu terus dia takut dan lari kot. Aku doakan semoga dia mendapat pengajaran yang setimpal akibat masalah yang dia bagi pada aku ni.Semoga dia insaf dan mula mencari kerja yang halal.

Dah mangga jadi cam tu, aku pon hari ni terus amik half day, beli tombol cap Yale yang mahal tu rega RM58, beli mangga baru rega RM70, pastu tambah lagi deadlock 1 set yang mahal juga, RM85. Upah pasang 3-3 ni RM40. Sangat berbaloi dan berterima kasih pada en "apa tah da lupa nama".

 Ini aje yang aku mampu buat masa ini. Dengan feature feature keselamatan tambahan dan semestinya dengan perlindungan Allah, InSya Allah selamat.

Ada hikmah tapinya kejadian ini, aku baru kenal dengan jiran-jiran aku, Kak Wani, Kak Shikin, dan Kak Siti serta jiran sebelah nama Zai. Derang pon jarang berjumpa dan dikala tukang rumah bising-bising tukar kunci depa pon datang berkerumun, masa tu la baru kenal-kenal dan depa pon recap balik masing masing nye update. Kata mereka ini tak pernah terjadi.. atau lebeh tepat dikatakan agak jarang berlaku di kawasan kejiranan kami, ini kes first dan mereka sangat suprise dan ada risau-risau jugak.

Doakan  semuanya selamat. Sesungguhnya ini pengalaman baru bagi aku dan semoga ia tak berulang lagi.