Dah nak abis musim raya ni, beberapa rumah pulun buat open house. Semalam aku gi dua butir rumah, rumah kawan aku kat Bangi dan lagi satu rumah kontraktor aku kat Kajang. Hari Sabtu aku gi kenduri umah ex-boss kat Kelana Jaya.Yang rumah kontraktor ni dia tak ajak pon, tapi dia ajak abang aku. Dan kebetulan aku ada kat rumah abang aku, maka aku pon pegi la atas kapasiti adik abang aku.
Kontraktor aku ni memang ada masalah nak reply sms, dah 2-3 kali aku tanya dia bila dia bole start buat keje, dua dia tak balas, satu kali jawap tengah tunggu budak la, nak arrange budak la dan macam-macam lagi berkaitan dengan resources. Masa kat rumah dia, terus akak ipar aku tanya dia, bila nak start ni. hahaha.. semalam pon dia kata tengah buat projek lain, maka paling awal boleh start hari Selasa, i.e esok la.Seb baik bole start esok da.
Hari ni aku call kedai Hood dan Hob aku, sekarang ni kira masih kat kedai lagi. Makanya hari ini aku suruh dia hantar dapur tu ke rumah aku, supaya senang kontraktor aku nak wat keje nanti. Tapi lori lak tak de, pasal depa busy hari ni, aku g pick up hob sendiri la, hood suruh dia hantar hari sabtu nanti.
Menurut kontraktor ini,3 hari dia akan buat table top, lepas tu baru bole letak tiles, ok la, esok lusa bole la aku melawat rumah aku nnt. Nak pantau keje depa.
Monday, September 17, 2012
Sunday, September 9, 2012
Renovasi rumah Part #2
Hari ni pegi jalan-jalan ke sebelah Puchong. Misi hari ini adalah mencari faucet dan sinki untuk dapor. Mereka kata di area Bandar Puteri Puchong boleh dapat yang branded dan harga murah. Maka aku pegi jalan-jalan dari satu kedai ke kedai untuk memenuhi matlamat misi.
Akhirnya aku tiba di DeParamax, row sebelah depan, bertentangan dengan Giant Bandar Puteri Puchong yang ada signage JohnsonSuisse besar-besar. Kat sini aku beli sinki Bareno, undermount model no UM2035 bersekali dengan faucet flexi dengan rega RM480. Faucet aku ne da lupa brand apa, tetapi sebagaimana sinki Bareno ia dilindungi warranty selama 5 tahun.
Rupa sinki Bareno aku
Jalan-jalan tadi gi kedai Houses Lightings, yang digembar gemburkan murah. Penuh gile kedai ne. Survey-survey harga, tengok harga dia macam mampu milik jugak. Minggu depan atau 2 minggu lagi bole la pi sana sekali lagi.

Friday, September 7, 2012
Rumah lelong Part #6
Perkembangan terbaru, alhamdulillah, lawyer aku inform dia dah submit cek ke bank pelelong. Maka terlepas la denda atau penalti akibat setelkan loan lewat dari 120 hari.
Selepas ini, aku kena follow up dengan lawyer berkenaan dengan duit claim aku untuk maintenance services yang aku bayar upfront. Sepatutnya itu semua akan di bayar oleh bank pelelong.

Saturday, September 1, 2012
Rumah lelong part #5 dan renovasi part #1
Entri kali ini menggabungkan 2 tajuk.
Rumah lelong Part #5
Perkembangan terkini, bank sotong sedang di peringkat akhir penilaian sebelum release check. Dia bitau lawyer, minggu ni dah bole release. Ari ne memang setepat2nya lagi 15hari sebelom aku kena penalti dari bank. Lawyer jugak bitau dia akan submit claim untuk segala mala bil hari Isnin ini. Ya Allah semoga urusan semua setel minggu ini.
Aku harap next week bole tutup topik ne.
Renovasi rumah Part #1
Oleh kerana tuan rumah yang aku duduk sekarang sebuk nak naikkan sewa rumah, aku dengan nekad bitau dia nak pindah Nov ni. Maka aku ada 2 bulan untuk setelkan hal renovate apartment. Supaya bila aku masuk, x de la sebuk nak cat la, alih-alih perabot la, senang jika sume bole setel right now.
Maka nye, sejak beli apartment ni, asik turun naik kedai hardware je. Apa yang aku plan nak buat kat umah aku ialah perkara seperti berikut:
1) Kabinet dapor
Yang ni setelah memanggil 2-3 kontraktor, dan mereka memberi sebut harga masing-masing, aku memutuskan untuk mengambil kontraktor yang abang aku penah wat ngan dia, rega dia murah sikit, tapi ada include features tambahan seperti soft close pintu dan drawer berserta aluminium edge. Spec lain semua sama iaitu konkrit top dan kabinet atas bawah dengan panjang yang sama.Untuk kabinet dapor ne, aku kena cari sinki, faucet, hood dan hob sendiri. Estimate harga untuk kesemuanya ialah RM6K
Hood dan hob: Baru aje beli kat The Houz Bangi dengan harga RM999, jenama Effegi. Tak penah dengar kan? Brand ne brand ayam aje. Aku just pikir aku masak seminggu sekali ja, malahan warranty motor selama 10 tahun manakala accesories lain 2 tahun, makanya beli yang low end pon ok kot. Berbanding dengan jenama lain seperti Fotile, Rubine, Elba dan sebagainya, dari segi warranty yang ne menang banyak. Kualiti wallahualam.Kena try dulu baru la bole tau camana.
Sinki dan faucet: Faucet nak cari yang flexi, kat The Houz tadi yang flexi siap warranty 5 tahun RM110. Sinki lak nak cari yang tebal sikit. Belom jumpa lagi tp bajet dalam RM200.
2) Cat rumah
Cat rumah kena cari tukang cat dan jenis cat. Jumpa sorang Indon nama Rahmat, dia offer RM1100 untuk cat seluruh rumah termasuk siling, pintu, tingkap, jamban, balkoni dan sebagainya. Kena beli cat aje la untuk dia. Harga dia paling murah. Ada kontraktor tu mintak RM1350 untuk servis yang sama. Tadi aku cuba cat sendiri, berpeluh-peluh nak cat siling. Bukan semudah yang disangkakan. Maka aku give up dan terus call Rahmat untuk confirm kan servis dia.
Bajet untuk cat pula RM1000. Kiraan dalam RM110 per tong 5L cat Nippon Paint.
3) Grill
Dapat 2 quotation dari Alif dan Andy. Nak amik yang Alif sebab Alif ne walaupon mahal Rm100 dari harga Andy,tp nampak confident lebeh sikit dari Andy.
4) Wiring
Wiring amik ngan kontraktor yang buat kitchen kabinet tadik. Bajet dalam RM1100 untuk pasang lampu dan kipas baru berserta buat power point baru. Dia caj RM50 untuk pasang lampu dan kipas, manakala buat power point baru dia caj RM100. Paling munasabah pasal Rahmat tu pon caj RM250 untuk power point baru.
5) Langsir dan Rail
Bajet untuk Langsir dan Ril ni aku peruntukkan RM1000. Aku dah beli roman blind untuk bilik no 3 kat Perfect Living dengan rega RM139. Murah jugak pasal aku check dalam tenet, rega paling murah around RM160++. Ne aku beli ngan kedai nama Baagus.
Ril aku nak pasang double ril. Incase in future aku nak wat day curtain ngan black out curtain. Skrg ne tak de plan apa-apa lagi pasal curtain, tunggu sale kat Sogo la baru aku sebuk nak membeli belah nanti.
Ni aje buat masa ni, yang lain tu berperingkat-peringkat. Mesin basuh tunggu bonus la.Barang-barang letrik yang lain sume masih elok dan bole pakai lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)