Sunday, August 26, 2012

Rumah lelong part #4

Selamat Hari Raya semua.

OK ini adalah sambungan rumah lelong part ke 4, mungkin part terakhir. Pas ne bab-bab rumah akan bersambung dengan tajuk Reno rumah lak.
Rumah lelong akan ada due date untuk settel kan balance payment pada bank. Dalam kes saya, saya diberi masa 120 hari. Due nya adalah 15th Sept ini.
Status sekarang menurut lawyer saya ialah dia sudah advise bank sotong untuk release payment. Mungkin dalam minggu ni cheque akan sampai pada bank pelelong. Kiranya lepas duit tu dah sampai ke bank pelelong, maka rumah tu dah sah hak milik saya.
Sebelum sampai ke peringkat ini, beberapa proses yang memakan masa agak lama dan men-tensi-kan mesti di ikuti iaitu:
1) Selesaikan segala tunggakan bayaran seperti caj penyelenggaraan, cukai tanah, cukai pintu, bil api dan air. Dalam kes saya, semuanya berjumlah hampir RM6k. Sila check Purchase Contract sama ada menda-menda ini adalah claimable atau tidak. Dalam kes saya, claimable untuk semua kecuali api, air dan pembentungan,  tapi kena bayar dulu dengan duit sendiri. Sila simpan resit untuk bukti pembayaran apabila diminta. Urusan tuntutan ini akan dibuat oleh lawyer saya kepada bank pelelong. Manakala, seperti biasa, bank pelelong will take his sweet time untuk release payment kepada anda.
2) Urusan menukar nama. Yang ni memakan masa lebih sebulan. Padahal nak mintak signatories Pengarah dan Setiausaha developer aje. Tensen tau, hari-hari call lawyer suruh dia follow up. Pas saya bagi email berapi kat lawyer dan kerani nya, seminggu kemudian baru la setel. Lepas tukar nama ni la baru lawyer bole proceed untuk urusan seterusnya.
3) Urusan LHDN. Ni pon lawyer yang buat. Depa cakap paling lama 3 hari. Dalam kes saya sehari dah bole setel.
4) Carian Pejabat Tanah. Juga lawyer yang buat. Yang ni amik masa 2 hari.
Lepas lawyer saya buat sume perkara di atas, baru la dia bole advise bank sotong untuk release payment.

Juga lawyer ada meminta saya jelaskan separuh dari fees, jika tidak dia tak bole advise bank.

Proses seterusnya ialah mendapat akuan daripada bank pelelong bahawa mereka sudah menerima bayaran dari bank sotong. 

Alhamdulillah, nampaknya urusan rumah pertama saya ni tak banyak kerenah kecuali part no 2 tu aje.