Friday, June 22, 2012

Hal dunia

Malam ni malam minggu, malas nak kemana, badan rasa penat, rehat aje la kat rumah. Housemate lak tido rumah sedara. Si Bobo tah kemana tak balik rumah sudah dua hari. Maka saya dok sorang-sorang kat rumah malam ni. Minggu ni sangat busy, tak menang tangan, busy bukannye apa, disebabkan oleh hal duniawi seperti berikut:

1) Hal rumah; selepas sain sain dengan bank sotong, sekarang sangkut lak urusan dengan lawyer, dah 2 minggu kot handover case kat dia, asal call banyak aje masalah. Malas nak tulis masalah apa.Tapi macam pelik la takkan sesama loyer tak leh nak berkompromi kot. Tensi tensi. Apa pon tak setel lagi, dan apa pun tak gerak lagi ni.

2) Hal keluarga; famili saya baru aje buat kenduri doa selamat minggu lepas. Maka weekend lepas saya balik kampung. Penat sungguh berkenduri, nasib baik style sekarang main catering aje. Tak dela lepas kenduri tertonggeng tonggeng nak basuh periuk.

3) Hal minggu depan; hal minggu depan ni tak leh nak cerita lagi pasal belum jadi lagi. Semoga Allah memakbulkan permintaan saya dan ibu bapa saya supaya hajat minggu depan termakbul.

4) Hal Opis: Sebab minggu depan dan minggu lagi satu nak cuti 2 mnggu, minggu ni pulun siapkan segala mala proses dan projek yang sepatutnya kena siapkan minggu depan dan minggu lagi satu. Busy jugak kat ofis sampai nak angkat muka pon tak sempat.

5) Hal Emas: Harga emas tunggang langgang, hari ni tiba-tiba drop banyak betul, saya call la bank Rimau tanya ada stok 1oz ke tak, eh ada lak, terus terbeli sekeping dengan rega yang agak baik.Terkocoh-kocoh la saya pagi tadi menyelinap pi beli sekeping logam tadik.

6) Hal Bobo: Bobo hari tu balik rumah dengan kaki hencot hencot. Tanya pasal apa tak mo jawab. Kelebet-kelebet tengok-tengok jari kaki dia bengkak cobong. Tak tau apa punca, agaknye kena pukul ngan kawan gemuk dia yang dok kat bawah tu kot. Baru dua hari sapu minyak gamat. Pastu hari ni lak tak balik-balik rumah sejak semalam. Ingat esok kalo dia balik nak bawak la pi klinik.

Ok, sekian.

Sunday, June 10, 2012

Rumah lelong part #3

Tambah siket hapdet rumah saya:

Saya dah pon sain-sain dengan bank sotong. Sebagai seorang Muslim, sudah pastila saya memilih pakej ke-Islam-an. Loyar pon saya dah assign. Sekarang kiranya semua dah settle kecuali urusan loyar aje. Sengaja lantik loyar M, supaya jika dia lemau-lemau, dah 2 bulan satu apa pon belom siap, senang saya nak ingatkan amanah yang diberikan dan yang paling penting Yang Di-Atas sana ada memerhatikan.

*********************

Minggu ne banyak sikit progress rumah. Sepert berikut:

1) Loan rumah dah lulus, yang dah lulus bank sotong dan bank R.Bank R rate nya tak menarik, saya memutuskan nak amik loan kat bank sotong. Esok saya tandatangan loan dengan si sotong ne. Bank lain malas nak tunggu dah, sapa suruh lembab buat keje.

2) Pagi tadi gi bukak rumah. Alhamdulillah, dalam rumah dalam keadaan baik. Tombol pintu dah saya tukar baru, begitu juga dengan mangga. Tengah merayap-rayap dalam rumah tu, terjumpa harta karun penghuni lama, saya call nombor dia, rupa-rupanya dia penyewa rumah tu dulu. Saya berpesan kat dia supaya bila dia nak datang ambil saki baki barangan sila la call saya dahulu. Dia pon katanya dah tak nak tinggal di situ lagi, kerana sering ulang alik outstation. Saya pon ok aje, senang saya nak renovate rumah tu nanti.

3) Lepas loan dah lulus, saya mintak 3 Laywer firm bagi quotation, semua dah bagi quotation, saya memutuskan untuk memilih laywer bernama A. Rate dia terbaik setakat ini. Esok saya call depa balik nak suruh saya proceed.

Tak la banyak sangat sebenarnya, lepas taip-taip ada 3 progress aje.. hehe

Wednesday, June 6, 2012

Kecelakaan Pos Ekspress

Hapdet cerita saya:
Saya call posmen siang tadi. Menuru posmen bukan 2 tetapi ada 3 parcel. Lagi satu parcel juga atas nama saya. Ini bermaksud si gile itu telah mengambil 2 parcel dan bukannya 1. Dugaan sungguh. Mulai hari ni saya akan menggunakan alamat pejabat dan tidak sesekali menggunakan khidmat pos ekspress lagi.

****************

Saya memang selalu beli menda-menda numis ni online, bila online, selagi boleh COD saya COD, jumpa pastu belek kasi puas hati, then bayar terus. Sesetengah seller, barangnya elok, dia duduk jauh, takkan sebab nak beli barang berharga RM40++ saya kena travel 100km lebih kan, maka baik la saya pakai postage.
Selama ni saya selalu suruh depa pakai pos ekspress aje, senang pasal saya tak perlu collect kat pejabat pos. Kebiasaanya pos ekspress ni derang selalu tinggal dalam peti surat aje macam surat-surat biasa.

2 hari lepas, saya beli 10 kpg RM1 sain Jaafar, grade UNC lak tu, dengan harga yang murah habis, RM43 siap pos aje.  Kira-kira lebe kurang RM4.30 la sekeping. Kira berbaloi pasal grade UNC. Selain itu, saya juga ada beli coincard pandu puteri, yang saya cerita dalam posting sebelom ni, ada 5 keping. Yang ni pon pakai pos ekspress jugak. So ada 2 parcel, pasal 2 seller yang berlainan. Sebelom tu si seller RM1 UNC ne siap melawak, selamat ke pakai pos ekspress ni. Saya jawab aje, selama ni selamat, Insya Allah la bang.

Maka, hari ni sepatutnya ada 2 parcel sampai. Tengahari tadi posmen telpon, katanya nak bg surat . Saya suruh dia selit celah-celah rak kasut.

Bila saya balik rumah aje malam-malam ni, ya Allah, terkejut saya, parcel yang berisi coincard Pandu Puteri tu dah terburai, bersepah coincard nya terkeluar. Bilang-bilang, semuanya cukup macam saya order. Tapi mana parcel RM1 UNC saya? Saya dah start musykil. Apesal jadi macam ni? Bobo dah bising mulut nya, nak makan.. nak makann.. saya masuk rumah dulu, keluarkan makanan. Pastu kutip coin card yang bersepah-sepah tu bawak masuk dalam.

Lepas bagi si Bobo makan, saya online kejap, check tracking number, tengok2 dua-dua patut dah delivered hari ni jam 13:30 tadi.Saya keluar rumah check balik, tengok apa pon takde. Sah ada pencuri yang sungguh celaka telah mengambil duit UNC saya.

Esok saya nak call pejabat pos. Nak confirmkan, sama ada betul tak lagi sekeping parcel ni dah deliver. Sambil-sambil tu saya nak singgah kat kedai runcit bawah rumah ni, nak pesan, kalo ada si-biol yang beli barang pakai not RM1 kertas siri lama yang masih sangat elok, sila serahkan mangkuk itu pada polis, kerana dia pencuri. Agak-agakla kan, zaman sekarang ni mana ada org membeli belah pakai RM1 lama  grade UNC lak tu.

Saya doakan si-biol tu segera insaf dan pulangkan balik RM1 UNC saya. Setakat RM1 face value tu didarabkan dengan 10 menjadi RM10 aje untung awak, tak padan dengan dosa besar awak mencuri. Belom campor dosa kelebet coincards saya tanpa kebenaran lak tu.

Sunday, June 3, 2012

Coincards dan Uncut Banknotes

Ok hari ni saya tak mo cerita pasal rumah, tak de progress sangat. Hari ni kita bercerita pasal coincards dan Uncut Banknotes

Apa itu coincards? Coincards ialah syiling peringatan yang dikeluarkan oleh bank pusat contohnya Bank Negara Malaysia dan ianya dikeluarkan sempena hari-hari tertentu dalam kuantiti yang terhad. Sebagai contoh, baru-baru ini pada 30 May 2012 adalah ulangtahun ke 100 penubuhan Pandu Puteri dan Pengakap, maka Bank Negara Malaysia mengeluarkan sebanyak 15,000 unit coincards. Nordic coincards ini dijual di BNM dengan harga RM10 aje sekeping. Setakat ini Bank Negara telah keluarkan pelbagai siri Coincards dan harganya telah melambung-lambung di pasaran sejak akhir-akhir ini. Pengumpul numisatic tegar, encik Lunatigc telah menyenaraikan coincards keluaran BNM di blognya di sini.

Saya mula rasa tertarik dengan coincards ini setelah bosan dengan hobi lama iaitu emas dan perak. Harga nya turun naik dengan drastik sekali dan penuh suspen (rasa macam naik roller koster pule) menyebabkan saya tak berani nak membuat pembelian banyak-banyak sebagai mana dahulu. Saya mula memikirkan method investment dan hobi yang lain pula iaitu coincards! Jauh lebih murah, lebih puas dibelek sebab setiap satu datang dengan cerita masing-masing dan yang paling penting harganya maintain meningkat setiap tahun. Sebagai contoh, coincards Pandu Puteri dijual dengan harga RM10 aje di BNM, esok nya di Facebook, mereka sudah mula menjual dengan harga RM15/pc. Harga sekarang sudah berlipat kali ganda menjadi RM22 pada hari ini. Saya menjangkakan harga nya akan meningkat ke RM35/pc dalam masa beberapa minggu dan kekal di paras itu untuk beberapa bulan. Saya tak berkesempatan beratur panjang di BNM dan terpaksa membeli 2kpg dengan orang lain dengan harga RM15/pc. Lagi 5 keping saya beli dengan harga RM20/pc. Cukup la 7 keping untuk simpanan masa depan. Gambar tak de sebab coincards saya tu tertinggal dalam laci ofis.

Coincards jatuh dalam kategori numismatik dan tidak terpengaruh dengan harga metal semasa dunia. Jadi selamatla jika nak beli untuk tujuan investment. Cuma perlu berhati-hati agar tidak terbeli yang terlalu mahal, dikhuatiri harga nya akan stagnant pada paras itu sahaja. Jika jumpa yang murah, jangan teragak-agak, terus beli aje. Ada antara coincards harga nya sudah naik mendadak seperti coincards Hoki, paling murah bole dapat RM80, dan juga Bandaraya Shah Alam yang mana rakan saya cakap dan mencecah RM100++. Sebab apesal harga nya naik sangat, taiko numis, En Danny ada cerita kat sini

Ok sekarang masuk bab kedua, Uncut Banknotes.
Apa itu uncut banknotes? Uncut banknotes ini adalah himpunan banknotes dalam 3, 8 atau 32 keping yang tidak dipotong dan diletakkan dalam folder yang cantik cantik. Ia adalah keluaran khas bank pusat sempena dengan sesuatu peristiwa dan semestinya dalam cetakan yang terhad. Contohnya BNM ada keluarkan uncut bagi notes RM1, RM2, RM10, dan RM5. Sekarang dalam koleksi saya hanya ada sedikit sahaja. Dalam 2-3 set sahaja. Harga pon telah melambung terutamanya RM1 uncut, 3 in 1, sudah mencecah RM350 minimum untuk satu set sekali folder.  RM5 dan RM10 uncut harganya masih muna-Sabah, jika bijak mencari boleh dapat bawah RM200 satu set. Nanti bila berkesempatan saya upload gambar.

Ok, sekian bebelan untuk hari ini.