Saturday, October 29, 2011

Technical Support

Trouble with Wife 1.0
Trouble with Husband 1.0

Sunday, October 16, 2011

Nasi Lemak 2.0

Saya baru sahaja berpeluang menonton Nasi Lemak 2.0 hari ini. Cerita ini dikhabarkan berjaya mengutip RM4.5juta. Jika tidak kerana pembikinya bernama Namewee, saya rasa cerita ini biasa-biasa sahaja, mungkin lebih rendah kutipannya.

Dalam cerita ini, Namewee cuba menjadi sarkastik, terdapat beberapa babak dia memerli ahli-ahli politik di Malaysia seperti babak seorang dirakam itu dalam video dan babak menafikan orang itu bukan dia di dalam video. Namewee juga menyuarakan rasa tidak puas hati nya dengan sistem di Malaysia seperti betapa dia meghabiskan sejumlah wang belajar di China tetapi apabila pulang sijilnya tidak diiktiraf pula. Juga terdapat babak seorang makcik telah dihalang berniaga oleh pengkuatkuasa tempatan tetapi pada masa yang sama seorang makcik lain dibiarkan sahaja (perli Pulau Pinang ke?).

Sarkastisme Namawee tidak terhad kepada itu sahaja, dia juga memerli bangsanya sendiri yang lebih mengagung-agungkan negara China, dan cuba menjadi rakyat China dengan mengetengahkan lebih budaya keCinaa berbanding menjadi rakyat Malaysia. Namawee juga secara menyindir mengutuk bangsanya sendiri yang hanya membantu bisnes bangsa Cina, terlalu ingin mengekalkan identiti Cina dan enggan bercampur gaul dengan bangsa lain. Disamping iu, dipaparkan bagaimana Huang ingin belajar cara-cara membuat nasi lemak tetapi meminta dengan cara yang kasar dan tidak beradab.

Selain itu, turut disindir adalah jalan cerita filem bollywood yang sering mengetengahkan bunga dan pokok serta tarian dalam filem-filem mereka. Terdapat babak dimana Namewee dan rakannya mencari tuan rumah di celah-celah pokok dan bunga dan tuan rumah serta anaknya benar-benar berada disebalik pokok dan bunga.  Saya rasa babak ini mungkin tidak perlu kerana Bollywood bukan lah budaya Malaysia.
Bangsa Melayu juga tidak lepas dari sindiran, bermula dengan lagu rap yang mengatakan lebih kurang berbunyi "makanan Melayu tidak bersih, sekadar bersih sahaja". Apakah dia cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu pengotor? Di samping itu, watak pakcik yang beristeri empat dan mempunyai anak ramai antara sindiran yang pada saya tidak patut diketengahkan. Bukannya majoriti lelaki Melayu Muslim beristeri empat pun.

Juga terdapat terlalu banyak aspek keCinaan yang diketengahkan, seperti babak-babak kungfu Hongkong, yang mana menjadikan filem ini terlalu Cina (atau mungkin Hongkong oriented) berbanding Malaysia. Berlawanan dengan apa yang dicanangkan oleh pengarahnya, yang cerita ini bertemakan 1Malaysia. Disamping itu, penggunaan bahasa Mandarin yang terlalu banyak menjadikan seolah-olah saya menonton cerita dari Hong Kong pula. Memang patutlah Namewee gagal memohon dana dari kerajaan Malaysia atas alasan tidak menggunakan bahasa Kebangsaan lebih 60%.

Pada saya, Namewee mungkin berniat baik, ingin mempromosikan nilai-nilai bersatu padu dalam cerita nya, yang mana mesej nya jika semua orang bersatu padu, bertolak ansur dan saling menerima kekurangan dan kelebihan antara satu sama lain, Malaysia akan menjadi lebih baik.Dia juga cuba menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia perlulah menjadi rakyat Malaysia dan membuang kiblat kecinaan dan keindiaan masing-masing, yang mana saya sokong 100%. Namun begitu, dek kerana imej nya yang suka menggunakan kata-kata kesat serta kasar dan sejarah hitam nya pernah satu masa dahulu menghina agama saya, telah menjadikan cerita nya tidak mendapat sokongan ramai.

Pandangan saya juga, sekiranya Namewee ingin mengeluarkan Nasik Lemak 3.0 yang menurutnya menyokong semangat 1Malaysia, sila pertimbangkan elemen-elemen berikut:
1) Hentikan sarkasm terhadap ahli politik, tidak semua rakyat Malaysia menyokong pendirian politik anda dan tidak semua suka politik.
2) Gunakan bahasa kebangsaan secara lebih meluas. Saya dapati Namewee sendiri gagal menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik (perhatikan video-video kontroversinya).
3) Kurangkan pengaruh cerita Hong Kong yang keterlaluan. saya menjadi bosan melihat terlalu banyak babak-babak kungfu Cina. Cuba terapkan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
4) Nasi Lemak 2.0 menampilkan terlalu banyak watak-watak bangsa Cina, menjadikan saya seolah-olah menonton filem yang difilemkan bukan di Malaysia. Tampilkan lebih watak berbilang bangsa.

Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012

Bajet kali ini yang ada kena mengena dengan saya
1) KWSP majikan contribution naik 1% kepada 13%.


Yang lain tu seumpama tak dek kena mengena dengan kehidupan saya. Kakitangan kerajaan (sesetengah mereka penyokong tegar parti pembangkang) mendapat habuan yang sungguh lumayan, kenaikan gaji antara 7% - 13%. Rasa macam ketidakadilan di situ kerana majoriti rakyat Malaysia adalah bukan kakitangan awam, sewajarnya kerajaan memikirkan untuk memberi intensif kepada majoriti rakyat Malaysia bukan sesetengah golongan sahaja.

Sunday, October 2, 2011

Ok, saya sudah pilih

Dalam sebulan dua ni, fikiran agak serabut kerana terganggu oleh pilihan-pilihan yang mendatangi. Inilah manusia, bila tak de pilihan, berdoalah dia kepada Allah mintak diberi pilihan dan peluang. Bila pilihan datang, kena buat keputusan, maka serabutlah dia, mengeluh kenapa dia perlu membuat pilhan sebegini dan berdoa dipermudahkan hati nya membuat pilihan yang tepat. Manusia sememangnya sentiasa tidak pernah puas hati dengan kemudahan dan rezeki yang Allah bagi, seharusnya bersyukur sahaja dengan pilihan yang diberikan.
Maka aku pilih untuk kekal di tempat yang sama di syarikat H, dan menolak tawaran syarikat A yang sepatutnya aku sertai bulan Nov. Sebagai ganjaran kerana aku memilih untuk kekal di H,  boss aku menjanjikan kenaikan gaji bermula Oct, good performance rating hujung tahun ini - bermakna kenaikan gaji lagi awal tahun depan + good bonus maybe, dan jugak promotion tahun hadapan.
Merasakan sangat bersalah kerana melanggar kontrak antara aku dan A, memberi pengajaran pada aku bahawa sebaiknya berfikir dahulu sebelum bertindak. Aku mungkin telah pon menyusahkan seluruh Jabatan Sumber Manusia Syarikat A, dan menyebabkan mereka terpaksa mencari calon lain lagi untuk mengisi kekosongan jawatan itu. Tetapi, apa-apa pun, aku perlu berfikir tentang diri aku juga.
Apa-apa pun, life goes on.