Sunday, April 25, 2010

BN menang, teruskan perjuangan di Sibu pula

Aku bersyukur, walaupun aku bukan ahli UMNO, mahupun mana-mana anggota komponen BN, hati aku tetap memilih BN. Aku xde kepentingan apa-apa pon dengan BN ni. BN tak bayar aku sesen pon nak suruh aku sokong derang. Hati aku sendiri nak sokong BN.
Aku bangga BN dah menang. Alhamdulillah, BN dah menang. Zaid Ibrahim yang profilnya sangat diragukan akhirnya ditolak dengan majoriti 1700 lebih. Namun begitu, majoriti ini jauh lebih kecil dari yang Palanivel pernah cipta, 14000 lebih.. sokongan belum pulih-sepulih-pulihnya lagi.
BN, sila kerja kuat... selagi korang masih belum menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, tidak mengharamkan azan, agama Islam masih boleh disebarkan seluas-luasnya, Islam dijaga, bangsa Melayu terbela, dan pembangunan diteruskan disamping penerokaan hutan masih terkawal, aku tetap menyokong BN. Jika Kak Rosmah bertudung, aku jamin, sokongan Melayu Islam akan meningkat 10%. Pak Najib sila lah ambil perhatian.
PAS, sokongan aku akan kembali pada korang sekiranya:
1) Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dibatalkan
2) Penubuhan negara Islam di perjuangkan kembali
3) Perlaksanaan hukum hudud kembali diperjuangkan.
4) Mulut blogger dan penceramah PAS dikawal supaya tidak lagi mencarut apabila berkata-kata.
5) Fatwa Nik Aziz tidak merapu lagi.

Itu sahaja,aku rasa beribu-ribu Melayu Islam mempunyai pendapat yang serupa dengan aku..

Insya Allah....